Pageviews

02 September 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Konvensyen Wanita Syurga 2016, In shaa Allah bakal diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Bakal disertai oleh ramai pendakwah hebat di Malaysia.


Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016


Pengisian program:
*  Ceramah
*  Forum
*  Talk Show

*  Diskusi Terbuka
*  Persembahan
*  Gerai Jualan
*  Photobooth



Pendaftaran:
Pendaftaran untuk peserta Konvensyen Wanita Syurga ditutup buat masa sekarang.  Jika anda berminat, sila daftar di link berikut sebagai "waiting list": http://tinyurl.com/KWAIS2016




Anjuran Bersama:
*  Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM'IYYAH)
*  Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
*  Masjid Wilayah Persekutuan


Jom sertai beramai-ramai.  
Mudah-mudahan dengan berkat usaha ini, dapat menjadi wasilah buat para muslimah untuk menjadi sebahagian daripada ahli syurga kelak, In shaa Allah. 


Terima kasih baca entri ini, Konvensyen Wanita Syurga 2016.


Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi.  Alhamdulillah rezeki blogging pada bulan Ogos yang dibawa ke bulan September.  Pemilihan kemenangan ini adalah berkat daripada doa rakan-rakan semua yang tidak jemu mendoakan kejayaan.  Semoga kejayaan ini akan melimpah kepada rakan-rakan semua terutama kepada penganjur giveaway ini Farah Sanusi.


Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Tidak sangka juga boleh terpilih untuk memenangi hadiah shawl.  Maklumat yang diperlukan telahpun diemailkan kepada penganjur.  Berdebar pula tunggu ketibaan hadiah.

Entri penyertaan di sini.
Entri pengumuman di sini.


Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan blogger yang terpilih serta penganjur.  Semoga giveaway seperti ini dapat diteruskan lagi... untuk memberi peluang kepada rakan blogger yang lain pula.

Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini, Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

01 September 2016

Biarlah Iman Berbicara

Biarlah Iman Berbicara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Iman Berbicara adalah ringkasan daripada tajuk penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Biarlah Iman Yang Terus Berbicara. Petikan entri berkenaan disalin semula oleh YB, mudah-mudahan mendapat tempat di hari kita dan dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.  Wallahu a'lam.


Biarlah Iman Berbicara
Biarlah Iman Berbicara

🌹Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

🌹Hanya kita.. hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

🌹Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

❤️Ust Pahrol Mohamad Juoi - BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA❤️


Terima kasih baca entri ini, Biarlah Iman Berbicara