Pageviews

22 Ogos 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh.  Macam kelakar je nama blog yang satu nie.  Pada pertama kali terjumpa dengan blog ini (SpendaLusuh), YB agak curiga sama ada nak follow atau tidak. Persoalan itu bermain di minda kerana namanya... Bimbang juga kalau-kalau blog ini ada memaparkan entri berkenaan 'orang dewasa' sahaja.  Kolot betul pemikiran yang sempit ini yer :D

Tetapi kita kan sudah dewasa boleh menilai mana yang baik dan buruk.  Sekali lagi singgah, nampaknya tiadalah yang buruk sangat.  Kalau adapun cuma 'spenda' jer yang lusuh.  Huh... namanya,

Okey, kita kembali semula ke entri ini... Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh.


Nak menyertai giveaway ini tidaklah susah tetapi masih juga perlukan usaha untuk menghasilkan entri yang terbaik.  Kan???

Klik Banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan dan untuk lebih mengenai pemilik blog ini.  Jangan dengar cakap orang dan terus buat andaian sendiri... tak baik untuk kesihatan minda kita.

Ada hadiah menarik disediakan kepada peserta yang bertuah.  Amatlah berharap sangat salah satu dari hadiah itu jadi milik YB.  Ha.. kan itulah antara sebab YB join giveaway ini.  Bukan sekadar untuk dapatkan kenalan baru serta trafik tetapi hadiah juga...

Agak banyak juga celoteh YB untuk entri ini.  Korang yang ada blog tu cepat-cepat join.  Yang belum ada blog, pi belajar buat blog dan join lah... tak susah mana pun.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger, SpendaLusuh.  ^-^


Terima kasih baca entri ini, Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh.


Kena ada juga Bloglist

Kena ada juga Bloglist



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kena ada juga Bloglist.  Terkejut dengan tajuk eh.  Baru beberapa hari lepas YB dah keluarkan bloglist di sidebar blog ini, yang kononnya memberatkan loading blog.  Tetapi ... itulah macam ada yang tidak lengkap.  Blog rasa seperti kosong...kosong... kosong... nyanyi sikit.

Akhirnya sekali lagi YB nak letak semula senarai blog seperti dahulu.  Nasib baik masih simpan senarai tu... Mungkin loading akan lambat sikit, tetapi hati senang bila dapat melihat update terkini rakan blogger di bloglist. Ada masa kita singgah, kalau takder kita baca tajuk saja dulu.



Ada apa dengan bloglist?  Nak tahu kena ada blog dan letaklah bloglist... baru korang tahu apa perasaannya bila ada bloglist.

Ha ha ha...

Terima kasih baca entri ini, Kena ada juga Bloglist.

Antara doa untuk negara tercinta

Antara doa untuk negara tercinta




Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Antara doa untuk negara tercinta. Kerana kita sayangkan negara kita. Bukan kerana pemimpin. Bukan kerana harta. Tetapi kerana itulah kehendak dan tatacara kita dalam kehidupan bernegara.


Gambar hiasan


 رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (١٢٩
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (AL-Baqarah: 129)

Kisah Nabi Ibrahim as yang berdoa supaya diutuskan seorang rasul disini bagi memastikan tanah tersebut terus dipenuhi dengan mereka yang beriman kepadaNya menjadi satu gambaran bagaimanakah bentuk kecintaan terhadap sebuah negara diterjemahkan.

Sumber petikan : ismaweb


Terima kasih singgah baca entri ini, Antara doa untuk negara tercinta.