Pageviews

22 Julai 2016

Satu Pejabat Bau Sate

Satu Pejabat Bau Sate



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu Pejabat Bau Sate tetapi mana rupa sate tidak kelihatan.  Pagi tadi, semasa thumb-print perasan juga kat luar tu macam ada majlis.  Tapi YB tidak kisah sangat.  Nak cepat masuk ofis, sebab dah lambat.  Masuk saja ke pejabat am, hidung ini sudah menangkap bau semacam bau ayam percik pun ada juga.  Kawan-kawan dalam ofis masing-masing dengan urusan sendiri. Dibiarkan saja mereka dengan bau seakan ayam percik.

Masuk bilik sendiri, ingatkan kot adalah sepiring ayam percik kot. Siapalah yang rajin betul pagi-pagi lagi sudah menyiapkan ayam bbq.  Bisik dalam hati.  Tetapi, bila difikirkan dengan logik akal ada ke orang buat bbq pagi-pagi nie.  Mana ada! Petang atau malam adalah.  Hehehe... saja jer nak buat kempunan kat diri sendiri.



YB ni, gambar bbq atau sate pun tiada dalam koleksi.  Jadi YB letak gambar potong kek marble dan kek batik.  Kek di atas diterima ketika tiada di ofis juga.  Ada kawan-kawan buat perjumpaan dan potluck.  YB tak dapat join kerana ada mesyuarat penting.  Memang tiada kaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri ini.

Dipendekkan cerita hari ini, untuk menghilangkan bau sate yang semerbak mengharum dalam bilik maka terpaksalah YB buka tingkap.  Mungkin sampai petang juga lah... Tetapi tak mengapa bukan bau busuk pun cuma bau sate ini menambah lagi rasa lapar.

Korang pun suka juga makan sate kan?

Terima kasih sudi baca entri ini Satu pejabat bau sate.

Solat sunat malam hari

Solat sunat malam hari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Solat sunat malam hari, lazimnya menjadi impian setiap orang.  Kita yang lemah ini sering juga tertewas kepada janji diri sendiri untuk bangun solat malam.



Satu rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada malam hari lebih baik daripada sepuluh rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada siang hari.  (Amru bin al-Ash)

Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk bangun solat malam dan terus istiqamah dengan solat malam.


Terima kasih sudi baca entri ini Solat sunat malam hari

21 Julai 2016

Berkawanlah dengan orang yang benar

Berkawanlah dengan orang yang benar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berkawanlah dengan orang yang benar, antara perkara yang ada pada seseorang yang amalannya sempurna.  Dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa mencari kebenaran dalam amalan kita.  Sekadar pandangan dari penulis sahaja.  Jika ada kekurangan dan kesilapan mohon betulkan.


6 Perkara
6 Perkara


Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara : 
(1) senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya, 
(2) berbaik sangka terhadap sesama muslim, 
(3) Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain, 
(4) menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik, 
(5) menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan 
(6) berteman dengan orang yang ia anggap benar.
(Syaqiq bin Ibrahim)


Semoga mendapat manfaat.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini Berkawanlah dengan orang yang benar.