Pageviews

15 Jun 2016

6 Warna Menarik Proton Perdana 2016

6 Warna Menarik Proton Perdana 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



















sumber:  Proton Perdana


Terima kasih kerana sudi melihat gambar 6 Warna Menarik Proton Perdana 2016.






Ibarat Terapung di Tengah Lautan

Ibarat Terapung di Tengah Lautan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ibarat terapung di tengah lautan, begitulah keadaan kita bila keseorangan tanpa sebarang bantuan. Hanyut kita sendirian tanpa panduan tanpa pedoman.  Hakikatnya kita sendiri jarang mengerti mengapa sampai begitulah sekali keberadaan kita.  Adakah kerana kesilapan sendiri yang kurang teliti atau kerana keegoan kita sendiri yang menebal dalam diri.  Falsafah hidup bila salah dimengertikan begitulah akan terjadi.  Ada ketika kita perlu ada sikap berlebih kurang dan bertolak ansur.

Ibarat terapung di tengah lautan

Petikan berikut mungkin ada manfaatnya buat insan yang mahu mengerti.

Ketahuilah! Sesungguhnya seseorang yang sedang terapung di tengah lautan di atas sebatang kayu tidaklah lebih membutuhkan (pertolongan) Allah dan kasih sayang-Nya daripada seseorang yang sedang duduk santai di dalam rumahnya bersama istri dan anak-anaknya. Jika Anda telah memahami hal ini dengan hatimu, maka bertawakallah kepada Allah seperti tawakalnya seseorang yang sedang tenggelam di tengah lautan, yang meyakini bahwa tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkannya kecuali hanya Allah Subhanahu wa ta'ala.  (Ibnu Qudzafah)

Semoga petikan di atas mampu memberi sedikit kesedaran dan ingatan kepada diri sendiri.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komen untuk entri  Ibarat Terapung di Tengah Lautan.


14 Jun 2016

Bagaimana agaknya perasaan itu?

Bagaimana agaknya perasaan itu?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana agaknya perasaan itu?  Agak sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan itu bila mana kita tidak mengalaminya sendiri.  Namun kita berupaya menilai dengan akal kita akan perasaan itu dengan cara menghayati setiap bait yang diungkapkan dan setiap rangkap yang dibaca.  Sama agaknya seperti menonton telenovela dengan sepenuh perasaan sehingga terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkan, sedangkan kita tidak mendapat manfaat apapun dari reaksi kita itu.  Jangan kecam akak kerana ini hanya pandangan akak yang kadang-kadang tiada perasaan bila tengok drama... :D

Sekadar hiasan


Berikut adalah petikan yang cuba YB hayati dan mengertikan.... Adakah ianya sesuatu yang menakutkan atau mengerikan pada mata kasar atau pada mata hati?

Seandainya Anda mengetahui apa yang akan Anda hadapi setelah kematian, niscaya akan hilanglah selera Anda untuk makan dan minum dan Anda tidak akan masuk ke dalam rumah untuk berteduh di dalamnya.  (Abu ad-Darda')


Sekian.  Semoga petikan diatas dapat dijadikan sebahagian daripada KPI dalam kehidupan kita.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri  Bagaimana agaknya perasaan itu? 


13 Jun 2016

Antara Pemenang Blog Untuk di Review

Antara Pemenang Blog Untuk di Review



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Antara Pemenang Blog Untuk di Review.  Alhamdulillah blog YB antara blog yang telah terpilih antara blog untuk direview oleh rakan blogge Beeha.  Pemilihan ini berdasarkan penyertaan blog YB dalam segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman.  Segmen berkenaan telah tamat pada 4 Jun 2016.  Tak sangka boleh terpilih memandangkan rakan blogger


Pemenang Blog Untuk di Review

Terdapat 5 blog yang turut sama terpilih untuk direview oleh Beeha. Selain dari hadiah blog review Beeha turut menawarkan hadiah berupa Senarai Bloglist.  Namapun segmen pencarian bloglist kan... Untuk melihat senarai penuh pemenang dan hadiah yang ditawarkan boleh klik sini.

Terima kasih Beeha dan rakan-rakan semua atas doa kalian. Inilah rezeki blogging pada bulan Ramadan.


Terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgan baca entri Antara Pemenang Blog Untuk di Review.

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.  Hati kita sering berbolak-balik.  Ada masa kita terlalu jujur dan ikhlas dan ada ketikanya kita alpa.  Memang sukar dimengertikan kerana kita ini manusia biasa tidak bisa lari dari gangguan-gangguan halus yang sering menodai kesucian hati kita.  Justeru adalah baik untuk kita terus kekal mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Sekadar hiasan.


Apabila Anda ingin mengobati hati Anda yang telah keras membatu maka perbanyaklah menjenguk orang yang sakit, mengantarkan jenazah ke pemakaman dan mengingat kematian.  
(Sebagian ulama salaf)


Ramadan Kareem!

Terima kasih atas kesudian menjengok dan membaca Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016! tiba lagi.  Kali ini Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau korang nak kad raya juga, jom ikut serta YB meriahkan segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!.  2016 tau bukan 2015 apatah lagi 2014... jauh la.


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Comel tak banner kat atas tu?  Simple saja. Haa... itulah korang kena klik banner di atas untuk dapatkan syarat-syarat penyertaan.  Tak susah pun.  Klik jer.

Segmen ini dijangka tamat pada 26 Jun 2016.  Sempat lagi nak join.  Jom lah kita join, mana tahu ada rezeki dapat Kad Raya dari Sally pula.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


11 Jun 2016

Hari ke-6 Ramadan 1437H

Hari ke-6 Ramadan 1437H

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Hari ke-6 Ramadan 1437H. Masih belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadan. Baru sekarang ingat nak update cerita mengenai Ramadan. Sebelum ini bukan tak ingat Ramadan, bahkan dari hari pertama lagi. Dan, boleh dikatakan setiap hari nak update cerita mengenai Ramadan. Hanya ditakdirkan hari ini baru berkesempatan nak update sedikit mengenai Ramadan.




Bismillah...

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini dari golongan orang-orang yang memohon pengampunan, jadikanlah aku di bulan ini dari golongan hamba-hamba-Mu yang soleh dan pasrah, dan jadikanlah aku di bulan ini dari golongan para kekasih-Mu yang dekat dengan-Mu. Dengan kasih sayang-Mu wahai Dzat Yang Lebih Pengasih dari para pengasih. Aamiin.


Sekian. Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komentar di entri Hari ke-6 Ramadan 1437H?
posted from Bloggeroid

10 Jun 2016

Sayur special air tangan encik suami

Sayur special air tangan encik suami


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sayur special air tangan encik suami, untunglah kalau setiao hari encik suami merajinkan diri masuk dapur. Lega sikit tak perlu kelam-kabut berebut di dapur, mana nak solat nak masak, anak-anak lagi. Kebetulan pula petang ini encik suami goreng sayur sawi bersama karot dan udang.  Bahannya puan isteri beli tengahari tadi... tak tahu nak masak apa beli jer apa yang terlintas di fikiran, bila masuk dapur nanti tahulah apa yang nak jadi.  Oleh kerana encik suami banyak masa lapang petang nie, jadi kita biarkan saja dia bekerja di dapur.

Sayur special air tangan encik suami

Inilah rupa sayur yang telah dimasak oleh encik suami untuk juadah berbuka puasa.  Makan dengan nasi panas menyelerakan.  Yang penting anak-anak pun suka makan sayur.  Walaupun kadang-kadang mereka tak makan.

Encik suami YB bukanlah househusband tetapi dia memang pandai memasak.  Kerana hobi dia memasak.

Sekianlah saja bebelan untuk malam ini.

Terima kasih kerana sudi singgah baca entri Sayur special air tangan encik suami.




Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru, entri lewat tengahari ini dari YB. Semenjak kebelakangan ini waktu untuk update blog terasakan semakin suntuk dan sempit. Menjadikan idea yang ada kadang-kadang tergantung lalu terbiar sahaja... tinggal tajuk tanpa isi cerita.  Secara kebetulan pada tengahari Jumaat ini ada masa lapang kerana waktu rehat yang panjang, maka YB ambil kesempatan ini untuk update entri Giveaway anjuran rakan blogger Nafas Baru.  Tiba-tiba saja baru terasa seperti boleh bernafas dengan lega, mana tidaknya semasa mesyuarat tadi asyik terasa semput saja bilamana ada bajet yang terpaksa cantas bagi memberi laluan kepada perbelanjaan berhemah.

Panjang pula intro untuk entri giveaway ini.  Ini semua ada kaitan kerana sudah beberapa hari terjumpa dengan entri Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru.  Hanya tengahari ini baru dapat keluarkan entri.  Terasa banyak betul yang hendak dikongsikan.

Kembali kepada Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru.

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Klik banner 

YB berkenan sangat dengan giveaway ini bukan sahaja kerana hadiah yang ditawarkan tetapi melalui giveaway ini secara tidak langsung YB dapat tambah kenalan rakan blogger yang suka travel. Tak berani nak tipu dan tak nak juga hipokrit dengan diri sendiri, hadiah yang ditawarkan turut mempengaruhi YB turut serta dalam giveaway ini.

Antara barang-barang yang akan diberikan dalam giveaway ini merupakan cenderamata yang dibeli oleh penganjur di Madinah dan Vietnam.  Tidak perlu dibandingkan dengan nilai atau rupa, tetapi disebabkan beli di luar negara tu yang menjadikannya bernilai.  Mana tahu YB dapat aura nanti boleh ikut ke sana ke tempat hadiah itu dihasilkan.  Mengharap dan berangan tak salah kan?

Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
  1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
  2. Purse Kipling x 1
  3. Keychain Vietnam x 7

Bagi mengikuti syarat-syarat penyertaan giveaway, korang boleh klik pada banner di atas.  Ahkak YB tak nak explain panjang lebar di sini.  Jadi korang ambillah peluang ini untuk berkenalan dengan penganjur

In shaa Allah, tidak ada ruginya anda menyertai giveaway ini. 

Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam. 

“Semoga Allah SWT menerima amal-amal dari kami dan kamu.”


Terima kasih atas sokongan anda untuk Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


09 Jun 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?






Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.


Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 


Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.


Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.


wide-shawl-exclusive














Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.


1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 


CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!



Wassap : 0196141393


Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.



Ig : exclusive_by_papaglamz

FB : Papaglamz

Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz