Pageviews

18 April 2016

Pilihan antara buruk dan baiknya teman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pilihan antara buruk dan baiknya teman


Kita sentiasa ada pilihan.  Pilihan untuk buat baik atau sebaliknya.  Jika kita memilih untuk berbuat baik maka kita akan menjadi insan yang baik.  Setiap masa kita akan merasai kebaikan yang kita telah lakukan.  Kita akan rasa puas kerana mampu berbuat baik.  Namun awas!! jangan sampai menimbulkan perasaan riak kerana kebaikan yang telah kita lakukan.  Seboleh-bolehkan sembunyikan kebaikan, jika sekiranya diketahui kita boleh saja buat tidak tahu dan tidak perlu membesar-besarkan kebaikan yang telah kita buat.  Bimbang pahala kebaikan itu menipis.


Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah s.w.t.

Sedikit lagi kata-kata hikmah untuk teman:
Sebaik-baik teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita berpuasa sebelum kita mati.' Dan seburuk-buruk teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita makan dan minum sebelum kita mati.' (Yahya)

Semoga kita sentiasa menjadi teman yang baik buat teman kita.

Pilihan antara buruk dan baiknya teman ada pada kita.



7 Tips kekal sihat di Musim Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



7 Tips kekal sihat di Musim Panas


Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Kanak-kanak dan warga emas antara mereka yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini.  Namun kita sebagai warga yang kelihatan normal juga turut terdedah kepada risiko kesihatan.

YB dan keluarga sendiri pernah lalui risiko ini.  Biarpun tidak serius tetapi ia tetap mendatangkan ketidakselesaan kerana kita orang yang berkerjaya.  Bila keadaan anak tidak stabil akan menjejaskan reputasi kerja kita.  Selain dari itu kesihatan kita juga pasti terjejas kerana perlu korbankan masa untuk menjaga anak-anak yang sakit dan kerja.  Akhirnya YB turut menerima kesan yang sama seperti anak-anak malahan lebih sikit dari mereka.


Tips kekal sihat


Berikut disertakan Tips kekal sihat di musim panas :

  1. Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.  
  2. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
  3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  4. Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  5. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  6. Lebihkan masa berada di dalam ruamh dan hadkan aktiviti luar.
  7. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula.

Beberapa tips di atas boleh diamalkan pada sepanjang masa dan tidak semestinya pada musim panas sahaja.  Antaranya mengikut kesesuaian tempat dan masa, contohnya ketika musim hujan jangan pula guna topi ketika berada di luar, seeloknya gunalah payung.  

Kesihatan kita bermula dari kita.  

Semoga 7 Tips kekal sihat di Musim Panas ini dapat dijadikan panduan kepada semua.  Kesihatan kita milik kita.

17 April 2016

Kontest sedang berlangsung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kontest sedang berlangsung


Sedang mencari idea untuk update blog?  Jadi, untuk memudahkan pencarian tanpa perlu bersusah payah klik sana sini, YB sertakan senarai kontest yang sedang berlangsung.  Senarai ini adalah antara contest atau giveaway yang disertakan oleh YB.  Senarai contest ini YB letakkan di sidebar dengan tajuk 'KONTEST'.  Kenapa kontest?  Entahlah tak tahu pula kenapa ada camburan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Aduh dah jadi perosak bahasa pulak.  Tapi tak mengapa sebab YB bukanlah merosakkan bahasa sepenuhnya, tetapi perkataan itu sering disebut oleh orang kita walaupun ianya berasal dari bahasa asing.  Tak mahulah ulas panjang lebar pasal bahasa nie.




  1. GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK [30.4.2016]
  2. Mini Giveaway By Niena Annisa' [30.4.2016]
  3. RF3 World Firmax3 Malaysia [20.5.2016]
  4. Simply Segmen By Shawal & Sofie [27.4.2016]
  5. Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih [28.4.2016]
  6. GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle [21.4.2016]
  7. SEGMEN Jom Singgah #jmbelog [30.4.2016]
  8. Mini Segmen by Syaidah Seha [6.5.2016]
  9. Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih [27.4.2016]
  10. MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY [30.4.2016]
  11. Abam Kie's First Giveaway [20.4.2016]
  12. Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network [14.6.16]

Hujung minggu begini selalunya nak berblogging pun lemau jer.  Dapat buat entri pasal contest atau giveaway untung sangat dah.


Jom sertai, Kontest sedang berlangsung.