Pilihan antara buruk dan baiknya teman
Kita sentiasa ada pilihan. Pilihan untuk buat baik atau sebaliknya. Jika kita memilih untuk berbuat baik maka kita akan menjadi insan yang baik. Setiap masa kita akan merasai kebaikan yang kita telah lakukan. Kita akan rasa puas kerana mampu berbuat baik. Namun awas!! jangan sampai menimbulkan perasaan riak kerana kebaikan yang telah kita lakukan. Seboleh-bolehkan sembunyikan kebaikan, jika sekiranya diketahui kita boleh saja buat tidak tahu dan tidak perlu membesar-besarkan kebaikan yang telah kita buat. Bimbang pahala kebaikan itu menipis.
Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah s.w.t.
Sedikit lagi kata-kata hikmah untuk teman:
Sebaik-baik teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita berpuasa sebelum kita mati.' Dan seburuk-buruk teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita makan dan minum sebelum kita mati.' (Yahya)
Semoga kita sentiasa menjadi teman yang baik buat teman kita.
Pilihan antara buruk dan baiknya teman ada pada kita.
jom jadi baikkk
BalasPadam