Pageviews

01 Mac 2016

Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana


Agak lewat juga YB keluarkan entri ini.  Sememangnya YB sudah menyimpan hasrat untuk mengeluarkan entri penghargaan ini kepada rakan blogger Mialiana ketika entri berkenaan dikeluarkan.  Namun sekarang baru berkesempatan.  Alhamdulillah, tidak disangka-sangka blog YangBaik termasuk dalam Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana.  Blog Mialiana.com merupakan antara blog yang menjadi kesukaan YB.  Ada masanya bila singgah tu YB tinggalkan komen dan ada masanya tak sempat tinggalkan komen kerana mungkin juga pada masa tu tiada idea nak komen apa.  Tetapi bila ada kelapangan YB akan jejaki semula dan tinggalkan komen.

Carta Pengkomen Tegar 2015

Seramai 20 blog telah tersenarai dalam carta pengkomen tegar 2015 di blog Mialiana.com.    Menariknya blog Yangbaik termasuk dalam senarai ke-20.  Kira dah hujung-hujung sangat tu.  Kiranya YB ni rakan blogger yang ke-20 paling rajin komen pada tahun 2015.  

Inilah capture yang diambil dari blog Mialina dalam entrinya bertajuk Carta Pengkomen Tegar 2015.  YB gunakan aplikasi Snipping Tool yang terdapat pada komputer.  Header blog pada tahun lepas dan awal tahun sebelum ditukar kepada header sekarang.

Terima kasih Mialiana dan terima kepada semua yang telah menyokong blog YangBaik.

Sekian.

Terima kasih juga kerana membaca entri Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

29 Februari 2016

Harta memiliki tiga tabiat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Harta memiliki tiga tabiat


Percaya atau tidak setiap jisim dan jasad yang wujud di muka bumi ini mempunyai tabiat masing-masing.  Termasuk juga apa yang dikatakan harta, yang menjadi milik kita atau bakal menjadi milik kita.

Gambar hiasan

Harta memiliki tiga tabiat.  Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya.Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga. Harta haruslah berasal dari sumber yang baik.  Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik?  Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta.  Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir.(Maimun bin Mahran)

Sekian.

Terima kasih sudi baca entri Harta memiliki tiga tabiat.


27 Februari 2016

Antara Muraqabah dan Mujahadah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Antara Muraqabah dan Mujahadah





Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 
'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)
(Al-Harits)



Terima kasih kerana baca entri Antara Muraqabah dan Mujahadah