Pageviews

08 September 2015

Bagaimana hendak maafkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana hendak maafkan 


Bagaimana kita hendak maafkan orang lain kita terasa sakit hati sangat dengan tindakan orang itu kepada kita.

Memang berat. Kerana kita punya perasaan.  Namun kita harus jaga hati dan perasaan kita.

Orang yang menulis ini juga tidak lari daripada perasaan itu.  Perasaan marah kepada orang yang membuat kita marah.


Tetapi bila difikirkan semula, kita tidak mampu jadi jutawan pun jika kita terus menyimpan perasaan marah atau benci pada orang.  Kita hanya menyimpan rasa sakit dalam hati yang tidak berkesudahan.
Tujuan utama hidup kita adalah di akhirat sana.  Entah bagaimana pula perjalanan hidup kita sementara hendak sampai ke sana.  Bimbang juga sekiranya tidak sempat mengutip sisa kebaikan untuk dipenuhkan dalam karung timbangan.

Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.  (HR Ibnu Majah)

Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap langkah.

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi


Masih lagi meneruskan legasi blog ini dalam menyertai giveaway.   Kali ini Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi menjadi idaman hati.  Giveaway yang menarik kerana hadiah nya adalah coklat Vochelle.  Siapa tidak suka coklat?  Okey ... apa pun pilihan anda, anda yang punya pilihan.

Ini adalah pilihan saya untuk menyukai coklat.

Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi
Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi
Nak turut serta merebut coklat vochelle?

Jom klik banner di atas.  Jangan klik gambar coklat vochelle di bawah ni pula yer.  YangBaik tak letak link kat gambar coklat di bawah nie... jangan marah ye!

Coklat Vochelle
Coklat Vochelle
Di atas adalah gambaran hadiah yang bakal diterima oleh rakan blogger yang bertuah. Chocolate Vochelle Hazelnuts Box untuk 3 orang dan Chocolate Vochelle Blackcurrants Bar untuk 2 orang. Mana satu bakal sampai ke rumah kita?  Nantikan kemunculannya.

Cepat-cepat klik banner di atas.  Giveaway ini tamat pada 13 September 2015.

Selamat bercoklat semua!!






PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG


Seperti tidak percaya bila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang untuk Giveaway Birthday Mum & Sister | Tengkubutang.  Maklumlah persaingan agak sengit juga.  Biarpun tidak ramai rakan blogger yang menyertai giveaway ini tetapi disebabkan hadiahnya yang agak banyak... maka Alhamdulillah tersangkut juga rezeki YangBaik dalam giveaway ini.

Penyertaan YangBaik dalam giveaway ini agak lewat juga kiranya dah hampir dengan tarikh tutup. Beberapa halangan yang menyebabkan entri penyertaan lambat dikeluarkan.  Namun sebagai sokongan kepada rakan blogger, digagahkan juga buat entri penyertaan.  

Lebih daripada 40 rakan blogger yang tersenarai sebagai pemenang.  Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org sepenuhnya.  

No. 37

Inilah hasilnya.  Hadiah berupa barangan kraftangan Dari Sarawak, ditaja oleh Reen Reena.  Terima kasih Reena.

Reen Reena merupakan seorang blogger yang berasal dari Sarawak.  Reena menulis di blognya perkara berkaitan dengan gaya hidup, Travel, Novel, Resepi dan Masakan.   Selain dari itu Reena juga merupakan seorang Pencinta Kucing.  Pastinya seorang yang penyayang.  Dak gitu... Dan... kepada sesiapa yang ada produk untuk direview boleh dapatkan khidmat Reena.  

Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan penaja giveaway ini.  Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah tersenarai dan terpilih sebagai pemenang.

Akhir karangan, ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tengkubutang atas penganjuran giveaway yang hebat ini.  Pastinya ada rintangan dan halangan, namun itu semua bukanlah penghalang untuk meneruskan giveaway lagi pada masa akan datang.