Pageviews

08 September 2015

Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen


Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dalam usaha untuk membantu mempromosikan Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA.


Waktu Tayangan :        08 September 2015 (Selasa)

Masa :        8.00 malam - 10.00 malam  (Sesi 1)
                  10.00 malam - 12.00 tengah malam  (Sesi 2)

Tempat Tayangan:        Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak

                         
Filem Chowrasta


Genre:  Aksi

Pelakon utama:  Dato' Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim, Safiah Hanifah, Chem Amar, Aminah Rhapor, Azhari Zain, Mazlan Tahir dan ramai lagi.

Sinopsis filem:

Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan  yang terhad, tahap pendidikan anak melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta. Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.

Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya dan bangsa serta cintakan negara.


Selamat menonton.

07 September 2015

Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina


Selagi ada blog selagi itu kita join segmen.  Nak kata apa lagi bila dah ada blog kan.  Walaupun tidak semua blogger suka join segmen... itu hak mereka.  Kita yang suka join segmen nie marilah berikan sokongan kepada rakan blogger.  Sekurang-kurangnya kita dapat menambah idea untuk buat entri. Bukan itu sahaja, kita dapat menambah kenalan dari kalangan rakan blogger dan juga menghubungkan silaturrahim.  Tidak pernah bersua bukanlah alasan untuk kita tidak berkenalan di dalam maya, manalah tahu satu hari kita terserempak pula dengan rakan blogger yang pernah kita kenali.  Jadi, hari ini kita join segmen ringkas saja dianjurkan oleh rakan blogger Sh.Amarina. Segmen ini dinamakan Segmen Bloglist Sept - Dec 2015.

Jom kita tengok apa yang Sh.Amarina sediakan untuk segmen ini.

Segmen Bloglist Sept-Dec 2015 by Sh. Amarina
Segmen Bloglist Sept-Dec 2015 by Sh. Amarina

Pemilihan pemenang adalah secara Random.org.  Seramai 10 orang pemenang bertuah dicari.

Segmen akan tamat 16 September 2015. 

Klik banner di atas untuk maklumat penuh.  Cepat yer klik banner di atas.

Selamat berblogging kepada semua.




Hari Yang Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Yang Indah


Setiap hari adalah hari yang indah
Mulakan setiap hari yang indah dengan senyuman
Semoga setiap hari adalah hari yang indah
Mudah saja untuk mengungkapnya
Biarpun seribu halangan datang menimpa, hadapi dengan ketenangan
Jadikan halangan itu sebagai cabaran yang indah dalam kehidupan
Jadikan halangan itu sebagai penguat semangat untuk meneruskan hari yang indah.




Setiap hari adalah hari baru yang indah
Semoga kita semua beroleh keberkatan setiap hari.

Hari yang indah