Pageviews

07 September 2015

Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina


Selagi ada blog selagi itu kita join segmen.  Nak kata apa lagi bila dah ada blog kan.  Walaupun tidak semua blogger suka join segmen... itu hak mereka.  Kita yang suka join segmen nie marilah berikan sokongan kepada rakan blogger.  Sekurang-kurangnya kita dapat menambah idea untuk buat entri. Bukan itu sahaja, kita dapat menambah kenalan dari kalangan rakan blogger dan juga menghubungkan silaturrahim.  Tidak pernah bersua bukanlah alasan untuk kita tidak berkenalan di dalam maya, manalah tahu satu hari kita terserempak pula dengan rakan blogger yang pernah kita kenali.  Jadi, hari ini kita join segmen ringkas saja dianjurkan oleh rakan blogger Sh.Amarina. Segmen ini dinamakan Segmen Bloglist Sept - Dec 2015.

Jom kita tengok apa yang Sh.Amarina sediakan untuk segmen ini.

Segmen Bloglist Sept-Dec 2015 by Sh. Amarina
Segmen Bloglist Sept-Dec 2015 by Sh. Amarina

Pemilihan pemenang adalah secara Random.org.  Seramai 10 orang pemenang bertuah dicari.

Segmen akan tamat 16 September 2015. 

Klik banner di atas untuk maklumat penuh.  Cepat yer klik banner di atas.

Selamat berblogging kepada semua.




Hari Yang Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Yang Indah


Setiap hari adalah hari yang indah
Mulakan setiap hari yang indah dengan senyuman
Semoga setiap hari adalah hari yang indah
Mudah saja untuk mengungkapnya
Biarpun seribu halangan datang menimpa, hadapi dengan ketenangan
Jadikan halangan itu sebagai cabaran yang indah dalam kehidupan
Jadikan halangan itu sebagai penguat semangat untuk meneruskan hari yang indah.




Setiap hari adalah hari baru yang indah
Semoga kita semua beroleh keberkatan setiap hari.

Hari yang indah


04 September 2015

GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ


Sekali lagi entri sokongan kepada rakan blogger yang menganjurkan giveaway.  Kali ini sokongan diberikan kepada rakan blogger Lya pemilik blog Akif Imtiyaz.  Lya menganjurkan giveaway ini bersempena ulangtahun ke-2 penubuhan blog akif Imtiyaz.  Semoga blog Akif Imtiyaz terus cemerlang dan Lya akan terus menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua.  Semoga bertambah murah rezeki blog Akif Imtiyaz.

Penganjuran giveway ini turut mendapat tajaan penuh HALWA ATTIRE.  Halwa Attire menyediakan pakaian khusus buat wanita hamil dan pastinya banyak pilihan yang menarik untuk wanita hamil, berpadanan dengan motonya "Anggun bergaya walaupun mengandung".  Maklumat penuh mengenai Halwa Attire boleh diperolehi melalui:  

Halwa Attire
Halwa Attire

PAGE FACEBOOK ❤. HALWA ATTIRE - https://www.facebook.com/halwaattire

INSTAGRAM  ❤. HALWA ATTIRE - https://instagram.com/halwaattire/

Seterusnya jom kita lihat ada apa dengan giveaway ini...



GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ
GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ

Penyertaan GIVEAWAY ini terbuka kepada semua sahabat blogger di Malaysia.  Tiga pemenang bertuah dicari.  Hm... kalau nak kata tak nak menang tipu tetapi menang atau kalah itu bukanlan tujuan utama sebaliknya ukhuwah yang terjalin serta perkenalan dengan lebih ramai rakan blogger yang menyertai giveaway ini.


Klik banner di atas untuk keterangan lanjut dan seterusnya turut serta dalam giveaway ini.

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

Hadiah yang bakal dimenangi oleh PEMENANG ialah antara koleksi pakaian yang terdapat di page HALWA ATTIRE.  Pemenang UTAMA boleh memilih baju yang disukai.  Manakala 2 pemenang berikutnya boleh membuat pilihan ke atas baju yang berharga RM100 ke bawah.

Halwa Attire
Contoh hadiah

Menarik kan?  Banyak lagi pilihan pakaian yang terdapat di Halwa Attire.  

Terus saja klik banner giveaway di atas untuk turut serta dalam giveaway.  Jangan klik gambar gadis korea di atas ni... YangBaik tidak letak link giveaway tau.

Jom kita meriahkan giveaway ini.  Semoga ada rezeki kita di situ...