Pageviews

20 Ogos 2015

Budi Yang Baik Dikenang Jua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Budi Yang Baik Dikenang Jua


Seperti biasa, hari ini kekurangan idea nak mengarang.  Tajuk dah ada tetapi malas pula nak mengulas panjang.  Jadi semasa bersiar-siar ke laman blog rakan blogger di tepi blog, terjumpa dengan blog yang menyiarkan entri supaya entri blog kita perlu ada kaitan dengan nama blog supaya dapat tempias SEO.  Tetapi YangBaik nak menulis mengenai SEO tak berapa pandai dan boleh dikatakan gagal kalau berbicara mengenai SEO.  Sedikit sangat pengetahuan YangBaik mengenai SEO.  

Fikir
Fikir.  Gambar hiasan

Budi Yang Baik Rakan Blogger


Walaupun YangBaik memang suka dengan IT dan gajet serta apa saja yang berkaitan dengan IT tetapi YangBaik bila baca sesuatu entri ... tak suka panjang lebar.  Sebab tu lah bila mengarang kat blog pun ayat tersekat-sekat, kadang-kadang tergantung.  Pernah beberapa kali ditegur oleh rakan blogger supaya memanjangkan ayat dalam karangan.  

Bukan tidak menghargai setiap teguran yang diberikan.  YangBaik tetap berusaha untuk menulis banyak tetapi bimbang juga bila menulis tanpa ilmu kelak binasa diri sendiri.

Sedikit demi sedikit YangBaik berusaha membalas budi baik rakan blogger yang tidak pernah jemu memberi pandangan dan teguran.   

Anak semilang di tapak tangan
Anak itik di atas para
Pesananmu tuan dalam ingatan
Budi yang baik dikenang jua


Pemenang Mega Ramadhan ATJ Giveaway 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Mega Ramadhan ATJ Giveaway 2015


Ingat tak satu Giveaway YangBaik telah sertai pada bulan Ramadhan yang lepas?  Tak ingat tak apa. Meh 'flasback'... Giveaway yang bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY telah dianjurkan oleh Penganjur Projek Amal Till Jannah (Amal hingga ke Syurga) mulai 1 hingga 31 Julai 2015.

Banyak sebenarnya faedah mengikuti giveaway ini.  Bukan sahaja kerana hadiah tetapi para peserta dapat memromosi FB Projek ATJ. Secara tidak langsung kita dapat mengetahui projek-projek amal yang telah dan bakal dilaksanakan oleh ATJ.  Dapat juga kita memberikan sedikit sumbangan untuk projek amal.  Untuk pengetahuan juga, giveaway ini turut dibantu oleh rakan media RASMI : BLOGGER AREA.


Amal Till Jannah
Amal Till Jannah

Berikut adalah senarai rakan blogger yang bertuah yang telah terpilih:

  1. http://fiqahhamed.blogspot.com/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  2. http://adna2029.blogspot.com/2015/06/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  3. http://nonasani.blogspot.com/2015/06/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  4. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  5. http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/06/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  6. http://kanvasdakwat.blogspot.com/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  7. http://yangbaik.blogspot.com/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  8. http://sayasukala.blogspot.com/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  9. http://www.syuhadasalleh.my/2015/07/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
  10. http://miszsheyla.blogspot.com/2015/06/mega-ramadhan-atj-giveaway.html
Tahniah kepada rakan blogger yang telah terpilih.  Alhamdulillah blog YangBaik juga tersenarai. Keputusan dan syarat penuh ini boleh didapati di blog BLOGGER AREA.  

Semoga dengan adanya program sebegini dapat mendekatkan kita kepada Pencipta melalui amal baik yang kita lakukan.