Pageviews

11 Julai 2015

10 Julai 2015

Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl


Tak senang duduk rasanya bila satu hari tidak dapat up entri raya.  Maklumlah hari raya dah semakin dekat.  Paling menarik ketika sibuk nak perah idea sendiri pun dah kematu, join segmen atau giveaway pun menarik juga.  Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan bloggger.  Sebagai blogger, dapat kongsi trafik sesama rakan blogger atau peserta juga penting.

Sebelum celoteh lebih panjang jom lah kita tengok apa yang Nieyl sajikan untuk segmen Duit Raya 2015.

Duit Raya 2015
Segmen  Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Untuk melengkapkan syarat penting,  ucapan hari raya ini saya tujukan kepada semua rakan blogger sama yang kenal atau tidak, juga kepada sesiapa yang singah baca entri ini.

Sepuluh jari tersusun rapi
Bunga melati pengharum hati
Salam dikirim pengganti diri
Memohon maaf setulus hati

Suasana indah diterangi pelita
Anak dara membasuh muka
Usah dikenang kisah duka
Bersama gembira di hari raya


Segmen Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl ini akan tamat pada 15 Julai 2015.  

Perkara utama yang mesti dilakukan adalah klik banner di atas untuk turut serta.


Doa untuk kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa Untuk Kebaikan


Ya Allah, 
Engkau telah memerintahkan kami (untuk melakukan kebaikan), 
akan tetapi kami mendurhakainya dan meninggalkanya. 
Sebaliknya, 
Engkau telah melarang kami (untuk melakukan keburukan), 
akan tetapi kami justru mengerjakannya. 
Tidak ada yang mampu kami lakukan kecuali mengucapkan Laa ilaaha illallah.
(Menjelang detik-detik kematiannya, 'Umar bin al-'Ash)

100 kebaikan

Tiada apa yang tinggal untuk kita dalam kehidupan ini melainkan sentiasa berbuat baik dan meninggalkan keburukan ~ YangBaik