Pageviews

30 Mac 2015

Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak


Hari ini, Isnin. Pada dasarnya tema warna untuk hari Isnin adalah Putih. 

 Bagaimana dengan tema warna kalian pada hari ini? Adakah sama warna putih atau bebas? 
 Hahaha.... suka hati koranglah asalkan korang bahagia dengan pilihan warna yang telah korang pilih.


Kenapa pula saya bebel mengenai tema warna hari ini? 



Sebabnya hari ini saya join Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak.  Warna latar untuk banner segmen ini adalah putih... bersih.


Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak


Hadiah
Topup RM10 x 3 pemenang.
Topup RM5 x 4 pemenang.

Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
Segmen ini tamat 05/04/2015.

Klik banner di atas untuk turut serta.  Mana tahu ada rezeki dapat tambah nilai.  Kalau tak dapat pun tak mengapa, boleh tambah kenalan.

Sekian.   Jom bersegmen kita  (*-*)


28 Mac 2015

Kelab suami isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kelab suami isteri

Entri ini tidaklah bertujuan secara langsung atau tidak untuk menubuhkan kelab untuk suami dan isteri. Tetapi lebih kepada isu semasa dalam kehidupan rumahtangga.

Memang sengaja buat tajuk begini untuk menggambarkan betapalah suami dan isteri itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Idea untuk menulis tajuk ini datangnya dari akaun instagram tengahari tadi. Dan hanya malam ini baru berkesempatan untuk menulis.

gambar hiasan

Bermulanya penubuhan "kelab suami isteri" ini apabila sahnya pernikahan itu. Bermulanya tanggungjawab seorang wanita bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami dan begitu juga sebaliknya.
Sebelum ikatan pernikahan itu terlaksana masing-masing bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga sendiri, langsung tidak terikat untuk orang lain. Hal ini adalah berkaitan sesama manusia. Manakala kepada Tuhannya ketaatan dan tanggungjawab itu adalah sepanjang hayat.

Apa jua isu yang timbul dalam kelab ini tidak sewajarnya dihebohkan di luar apatah lagi untuk meraih sokongan. Namun sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya dibincang dan dirunding bersama dengan jujur dan ikhlas.

Kerana perjanjian penubuhan kelab ini nilainya terlalu tinggi dan pembubaran kelab ini juga mampu menggongcang arasyNya.

Sekian. Selamat bermusyawarah dan muafakat membawa berkat.
~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Kempen Earth Hour 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kempen Earth Hour 2015


Pada hari Sabtu 28 Mac 2015, jam 8:30 malam,  seluruh manusia di bumi ini layak untuk mengundi dan diseru untuk mengundi untuk memilih samada bumi atau pemanasan global.  Ini merupakan lakaran sejarah, seluruh umat sejagat di semua peringkat umur, kerakyatan, bangsa, latarbelakang mempunyai peluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undi mereka.  Memadamkan lampu adalah undi kepada bumi manakala membiarkan lampu menyala adalah undi kepada pemanasan global.


Kempen Earth Hour 2015

Melalui Kempen Earth Hour, kita semua boleh berperanan untuk memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

sumber:  Bahagian Pengurusan Tenaga dan Majlis(BPTM), UiTM


Untuk mendapatkan maklumat dan sebagai sokongan kepada kempen ini, sila klik Earth Hour Starter Kit.  Banyak maklumat yang boleh diperolehi.

Tutup Lampu Anda, Selamatkan Bumi Kita

Gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya untuk kebaikan dunia sejagat bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Terima kasih.