Pageviews

16 Januari 2015

Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Lagi sekali join segmen


Entri yang berturutan dengan segmen.

Entri ini sebagai memenuhi undangan dan jemputan dari rakan blogger Shahril.  Bila dah dapat jemputan sibuk macam mana sekali pun kenalah penuhi juga supaya rakan blogger kita tidak berkecil hati.

Betul tak?


Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !"

Segmen ini akan tamat pada 20 Januari 2015.  Dah tak berapa hari lagi.  Kepada rakan blogger sekelian jom kita berikan sokongan kepada Shahril.   

Semoga cita-cita shahril masuk Universiti tercapai.  Jadi graduan yang berjaya bukan sahaja dengan ilmu dunia tetapi juga ilmu untuk akhirat.

Shahril akan memilih 15 blog secara random untuk memenuhi senarai bloglist shahril yang terbaru. Shahril juga akan masukkan blog korang ke dalam bloglist Shahril selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga April.  Untunglah dapat trafik free.

Jom.. klik banner di atas untuk turut serta.


Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Sakura


Kuatkan semangat untuk buat entri lagi.  Kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan tugas.  Walaupun sibuk perhatian blog harapnya tidaklah terabai.  Semoga semua kesibukan itu berbaloi dan dimudahkan.


Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku


Entri kali ini adalah untuk segmen bloglist Sakura yang dianjurkan oleh rakan blogger pemilik blog Qasehku, Anis.

Sakura bunga yang cantik berasal dari Jepun dan pastinya menjadi pujaan ramai wanita.  Maklumlah wanita seringkali dikaitkan dengan warna pink atau merah jambu.  

Saya sebenarnya tidak pernah jumpa bunga Sakura asli sebaliknya pernah menyimpan bunga sakura tiruan pada zaman sekolah. Ketika itu tidak banyak rumah menyimpan bunga sakura kerana baru diperkenalkan.  

Bunga Sakura sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dalam rumah memandangkan warnanya yang lembut dan mendamaikan.  Bezanya dengan anak-anak yang masih kecil kurang sesuai sangatlah. Tidak pastilah apa yang akan berlaku tetapi saya boleh bayangkan apa yang bakal berlaku di rumah saya bila saya meletakkan sejambak bunga sakura atas meja atau sebagai hiasan di sudut ruang tamu. Alamatnya tinggal tangkai dan berguguranlah Sakura atas lantai.

Eh eh... saya cerita panjang pasal bunga sakura tiada siapa yang suruh tetapi saja ambil kesempatan untuk bercerita mengenai Sakura yang saya tahu.

Sebenarnya Segmen ini akan tamat bila penyertaan dalam segmen ini mencecah 100 blog. Untungnya 100 blog yang menyertai segmen ini akan masuk dalam bloglist Anis.  Siapa kata tak untung... memang rugi.

Okey, jom beri sokongan kepada Anis dan sambil berkenalan dengan rakan blogger yang lain.

Klik banner di atas untuk turut serta.

Terima kasih.


Mutiara kata #10/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Boleh jadi kamu benci


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)