Pageviews

02 Mei 2014

Kuasa keyakinan bersama Volkswagen Jetta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Volkswagen Jetta satu lagi keluaran terbaru dari keluarga kereta sedan Volkswagen.  Lahirnya bersama kuasa dan keyakinan.  Bukan sekadar paras rupa tetapi juga hiasan dalaman tetapi termasuk juga ciri-ciri keselamatan.  Bagi keluarga besar (besar sangat ker?) seperti YANGBAIK kereta sedan buat masa ini tidaklah menjadi keutamaan kerana anak-anak dah mencecah 4 orang.  Seandainya mampu dimiliki Jetta ini menjadi kereta kedua untuk kami berdua sahaja.... :P


Volkswagen Jetta

Rangking Alexa 2.5.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia.  Hari ini dah masuk 2 Mei 2014 baru teringat ada janji yang belum ditunaikan iaitu janji kepada diri sendiri untuk mengeluarkan entri berkaitan Rank Alexa setiap hujung bulan.  Memandangkan pada 30 April 2014 YANGBAIK telah terlupa maka entri berkenaan dibawa ke hari ini 2 Mei 2014.

Global Rank:  298,000
Links in:  236
Rank in Malaysia:  2,542 (rujuk gambar di bawah)
Sumber:  rujuk SINI

Siapa buat dia dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa buat dia dapat
Buat baik dapat kebaikan
Buat jahat dapat keburukan
Bukan sekarang tetapi akan datang
Bukan dari orang yang sama, datangnya tanpa diduga
Pilihan di tangan kita
Pilihan di tangan kita. Gambar hiasan.

Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)