Pageviews

18 Mac 2014

Masih ada di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur Alhamdulillah masih berpeluang membebel di blog picisan ini.  Walaupun tidak seberapa tetapi cukup untuk memberi semangat dan ruang bagi menambah bilangan karya di alam maya.

Corak hiasan

Beberapa hari yang berlalu tanpa sebarang entri di blog ini sungguh memberi kesan...

Sebenarnya YB (yangbaik) atau aye (saya) masih lagi keliru untuk membahasakan diri sendiri dalam ruang blog ini.  Nak bahasakan aku... macam kasar sangat, nak bahasakan saya... macam budak sekolah pulak... nak bahasakan akak... hmmm tak sesuai kot... nak bahasakan makcik... rasanya belum sampai lagi ke tahap itu.  Walau apapun setelah diamat-amati mengikut keselesaan sendiri, bahasa yang paling sesuai adalah aye... iaitu gantinama atau panggilan bagi diri sendiri seperti aku, saya, gua dan yang seangkatan dengannya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas aye mengikut Kursus Sulaman Riben di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.  Memang menarik.  Kerja-kerja menyulam bukanlah sesuatu yang baru buat aye tetapi sulaman riben memang baru kerana sebelum ini tidak pernah mendapat latihan secara formal dan intensif seperti kursus ini.

Selain dari itu, Sabtu lepas juga bermulanya musim hujan.  Petangnya hujan lebat dan seperti biasalah tanpa mengikut arah angin... kebocoran berlaku sana sini dalam rumah dan juga di ruang lepak-lepak (porch).  Bocornya tak banyak tetapi cukup memberikan kekalutan kerana sudah lama hujan tidak mencurah ke bumi.  Sempat juga menadah air hujan melalui cucur atap di luar rumah, menggunakan tong hitam yang asalnya dibelikan untuk buang sampah.  Tong hitam itu disimpan dan hanyalah sebagai tong tambahan sekiranya tong sedia ada telah penuh. Memang perlu guna tong tambahan... jika tidak akan menyusahkan jiran tetangga... okey!!  Tambahan... bocor dalam rumah tak banyak mana pun sikit saja.

Apa lagi... Ahad lepas, julung kalinya ke TESCO di saat akhir membeli keperluan rumahtangga.  Masuk saja dalam TESCO... ting tong... "pengumuman kaunter akan ditutup 10 minit lagi".   Apa lagi berkejaran mendapatkan keperluan yang telah disenaraikan.  Tidak pernah jadi dalam sejarah... membeli belah dalam masa 10 minit dan paling bagusnya jumlah harga mencecah sehingga RM100.00 lebih.  Memang betul-betul terasa sekarang ni. RM100.00 belum penuh troli baru dalam dakapan (troli bawa ke lain) dan suku troli.

Dan... sekarang masih lagi menunggu perkembangan positif mengenai kesudahan MH370.  Semakin lama menunggu semakin banyak pula cerita-cerita sensasi...apa-apa pun semoga yang terbaik buat warga #mh370.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

14 Mac 2014

Belajar bertolak ansur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar bertolak ansur.  Sesekali bertolak ansur tidak akan menjejaskan pendirian kita.  Bila bercakap mengenai pendirian pasti ramai yang tidak setuju dengan ayat ini.


corak hiasan

Entahlah (lagi sekali ayat skema)... dah pagi begini baru dapat idea nak merapu di sini.

Teringatkan kisah anak-anak.  Kalau diikutkan hati memang tidak tertahan dengan kerenah mereka.  Sesekali biarkan mereka menjerit dan menangis rasanya tidaklah membebankan kot!!!.

Mereka anak-anak menjerit berebut permainan mungkin perkara biasa kerana mereka tidak bijak lagi dalam mentafsir suasana... ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam menangani beban yang ditanggung oleh anak-anak.  Dengan turut sama melontarkan jeritan tidak mampu meleraikan kekusutan yang terjadi.  Sebaliknya cara yang terbaik adalah membiarkan mereka dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa.  

Kita sebagai ibu bapa tidak salah bertolak ansur dengan anak-anak asalkan kena pada tempat dan masa.  Sudah tentu ada kaedah yang tertentu dalam bertegas terhadap anak-anak.  Dengan memberikan pelukan dan ciuman pasti dapat meredakan keresahan pada anak-anak.  

Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

Boleh atau tidak balas komen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Boleh atau tidak boleh balas komen dalam blog?  Bagi sesetengah blogger ia menjadi satu rutin dan kemestian untuk menjawab setiap komen dalam blog.


Dunia blogging sekarang memang sudah cukup meluas.  Saban hari ada saja blogger baru yang muncul... tidak kurang juga blogger yang menyepi atas alasan tersendiri.

Membalas komen dalam blog mungkin mampu mendatangkan semangat dan perasaan gembira kepada blogger atau anon tanpa nama.  

Mengikut pendapat sesetengah blogger menjawab komen dalam blog adalah perlu bagi menjalin hubungan dan kemesraan sesama blogger dan secara tidak langsung mampu menarik pembaca dan pengunjung tetap.

Bagi aye sendiri terpulang kepada blogger nak jawab atau tidak.  Kerana pada tempoh masa tertentu kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara dan tugasan rasmi.  Maka yang sempat dilakukan pada blog hanyalah 'release' komen yang yang ditinggalkan oleh Rakan Blogger.  Tidaklah nanti rakan blogger ternanti-nanti apa respon pemilik blog tadi.

Jangan silap pula, tidak semestinya tidak balas komen itu bermakna komen anda diabaikan.  Jangan berkecil hati.  Sudah pasti kami blogger (perasan popular sekejap) akan membalas semula ke blog kalian yang meninggalkan komen.  Anda tidak dibiarkan...

Cuma berikan kami sedikit masa untuk mendekati dan mengenali anda semua.

Selamat berblogging.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$