Pageviews

07 Januari 2014

Mengingati sesuatu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup, yaitu MATI

(HR Tirmidzi)



suka duka pentas dunia

06 Januari 2014

CPUV Pertama Januari 2014 | SHARP Fridge

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama CPUV Nuffnang menyepi seolah-olah tiada khabar berita.  Setiap hari apabila berpeluang on blog pasti tidak terlepas menyemak kedudukan CPUV Nuffnang dan lain-lain iklan yang ada. Nampaknya bulan Januari CPUV dan iklan lain agak lembap sikit.  Mungkin juga kerana sudah lama tidak kemaskini profil... baru semalam merajinkan diri untuk mengemaskini profil blog di Nuffnang.  Mungkin itu antara sebab hari ini masyukkk CPUV.

CPUV Pertama bagi tahun 2014 mula beroperasi pada 6 Januari adala SHARP Fridge.  Kebetulan pula baru berangan nak cari peti ais baru untuk rumah baru... memang berkenan sangat dengan model terbaru satu pintu tetapi boleh buka dari dua arah berlainan... hebat kan?


Ini muka depan iklan SHARP Fridge.  Comel sangat dengan karakter Doraemon menjadi daya penarik.  Pasti sama hebat antara keduanya; SHARP dan Doraemon... ang ang ang ang

Kepada kalian yang masih mencari peralatan elektrik terkini.  Promosi dari SHARP ini memang hebat... mampu memenuhi citarasa dan kalau cukup bajet memang berbaloi-baloi.  

Barangan Elektrik keluaran SHARP memang dari dulu lagi sudah beroperasi dalam rumah kami.  Harganya setanding dengan kualitinya.

CPUV Pertama untuk tahun 2014 - SHARP Fridge

Terima kasih kepada Nuffnang dan SHARP di atas peluang beriklan di blog ini.

suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


.

Ucapan ulang tahun yang terlewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas suka makan cendol

Ucapan yang terlewat ini adalah sempena Hari Ulang tahun kelahiran Inas Insyirah yang ke-3 pada 4 Januari 2014.  Maaf sangat-sangat sebab terlewat, bukan sengaja nak melewatkan entri ini tetapi memang tak sengaja.  Konon-kononnya nak dapatkan masa yang sesuai pada 4 Januari... tetapi tak jumpa... yang terjumpa hanya pada hari ini.

Walaupun ucapannya agak terlewat tetapi untuk entri sahaja.  Hakikatnya, bangun pagi-pagi lagi dah ucapkan "Happy Birthday".  Siap nyangi lagi... sampai Inas terpinga-pinga lalu semua orang diucapkan 'Happy Birthday".

Oleh kerana pada pagi 4 Januari umi dan aya ada urusan lain ... maka petang baru berkesempatan bawa Inas jalan-jalan makan cendol di warung tepi jalan.  Lepas makan cendol makan laksa pula... kata pakcik tokey warung dia tak pernah jumpa lagi budak 3 tahun yang suka makan laksa.  Mungki ada kot tapi tak perasan.


Inas suka makan kek juga.

5 Januari baru umi sempat buatkan kek coklat untuk Inas.  Sabar jer lah dengan anak-anak nie... dok mengulang ke dapur menunggu kek siap... memang tak senang duduk.

Dah siap masak, nak tunggu kek sejuk dulu baru boleh letakkan topping coklat dan coklat rice... tunggu lagi. Sampai Inas tertidur... bangun tidur terus potong kek...


Selamat ulang tahun ke-3 kepada Inas Insyirah.  
Semoga menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dipanjangkan umur dalam keberkatan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com