Pageviews

22 Ogos 2013

Sarapan Pagi dengan Popia Simpul Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Jom makan popia simpul.  Pagi ini alif dan Diena sarapan dengan Popia simpul dan popia mini hasil air tangan umi.  Masih panas lagi, baru digoreng semasa Alif mandi tadi.  

Alif dan Diena suka minum milo suam sebelum pergi sekolah.  Minum milo boleh memberi tenaga kepada Alif.  Selalunya Alif minum milo bersama roti bakar, tetapi hari ini buat pertama kali Alif bersarapan dengan popia mini.  Alif suka sangat, tambah ceria dan bersemangat nak ke sekolah.  

Malam tadi umi Alif simpul popia dan juga gulung popia mini.  Alif lebih suka makan popia mini.  Sebab rasanya sedap dan memang ikut citarasa Alif.  Kawan-kawan Alif pun suka makan popia mini.  Sedap!!!



Ini adalah rupa popia simpul umi Alif buat malam tadi.  Memang tak sabar nak tunggu makan.  Malam tadi Alif dah minta Umi goreng tetapi Umi tak mahu, katanya nak goreng pagi esok (pagi ini lah).  Dan lagi pula umi nak tunggu ayah balik biar ayah yang rasa dulu... Alif sayang ayah.



Gambar popia simpul lagi.  Tak banyak popia mini yang umi buat.  Umi kata lebih suka buat popia simpul sebab senang sangat.  Walaupun begitu umi buat juga popia mini untuk Alif.  Alif sayang umi juga.

Sekian dulu, untuk hari ini.  Oleh kerana umi bekerja hari ini, cerita sarapan pagi tadi umi hanya publishkan petang ... dah nak malam pun.

Terima kasih.  Jumpa lagi.

Perhati siapa kawan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hiasan


Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.
(HR Tirmidzi)



21 Ogos 2013

Gambar untuk hari Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia



Dalam kesibukan kerja... masih lagi berpeluang mendapatkan bahan untuk blog.  Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk dipamerkan di sini.

Untuk mengisi masa dan melepaskan keletihan bekerja.  Jadilah buat cuci mata.


Bekas hantaran.  Ada banyak koleksi dan warna yang menarik sangat.



Pelapik dulang hantaran.  Juga dalam banyak pilihan warna dan corak.


Antara bahan untuk gubahan hantaran.  Walaupun sebenarnya boleh juga dibuat untuk lain-lain aktiviti.


Himpunan bunga kecil yang comel dan menarik sangat-sangat.  Banyak pilihan warna.



Satu lagi bekas hantaran yang menarik.



Himpunan bunga mawar (plastik) yang banyak jenis dan warna serta saiz.


Mawar lagi.... cantik nyer



Mawar juga lagi...



Salah satu daripada gubahan yang menarik perhatian.  Bukan sahaja untuk hantaran tetapi boleh juga buat pameran terutama butik pakaian pengantin...

Weh... buat promosi percuma pulak hari ini.  Cer teka kat mana ni?

Ehhh eh... korang ni, kalau buat giveaway atau segmen cepat jer ... saja-saja jer nie, nak menguji.  Maaf yer!

Semuanya adalah gambar berkaitan perkahwinan dan pengantin serta segala persiapan dan hiasan.

Walaupun pada asalnya lebih dari 9 tetapi tidak dapat dimuatkan semuanya di sini atas sebab kurang sesuai kerana tidak cantik... ehhh bukan gambar porno yer... tetapi gambar berkaitan bunga dan kelengkapan perkahwinan.

Sekian dulu... selamat untuk semua.


(8-8)