Pageviews

18 Disember 2012

Pengambilan Pelajar Lepasan SPM ke INTEC Education College, Kemasukan Januari 2013

As salam,


Dimaklumkan bahawa International Education College (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 telah membuka pengambilan pelajar tajaan persendirian sesi Januari 2013. Oleh itu pihak INTEC ingin mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon program-program yang ditawarkan. Maklumat tentang program yang ditawarkan dan syarat kemasukan adalah seperti di bawah:
Bidang Tawaran

Program
: Australian Matriculation Programme (AUSMAT)

Jangka Masa : 11 bulan

Program :
A-Level Programme (A-Level UK, A-Level MEDICINE )
Jangka Masa : 18 bulan

Program :
American Degree Foundation Programme (ADFP)
Jangka Masa : 12 bulan


Program : INTEC Apprentice Programme in Professional Business Accounting (APPBA)
Jangka Masa : 12 bulan

*Syarat Kemasukan


Calon-calon SPM 2012 boleh memohon dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2012

Bahasa Malaysia : Minimum C
Bahasa Inggeris : Minimum B+
Minimum empat B+ dan satu B dalam subjek-subjek lain.


Bagi program APPBA
Bahasa Inggeris : B+
Matematik : B+
Dan 5A- dalam subjek-subjek lain

Tarikh Tutup Permohonan
1 Januari 2013

*Terbuka hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja


Sebarang pertanyaan sila hubungi
Prof. Madya Zurina Mahmood (03-55227062), En. Nordin Sharif (03-55227232) atau emailkan pertanyaan anda ke zurin111@salam.uitm.edu.my atau nordi734@salam.uitm.edu.my.

Untuk memohon sila klik pada pautan ini:
http://intec.uitm.edu.my/component/content/article/294.html

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program-program lain sila layari laman sesawang berikut:
http://intec.uitm.edu.my/ 

Dah Mula Perlahan

As salam,


Pokok bunga putih ni dah mati.... kekeringan tidak bersiram sedangkan pokok ni perlukan banyak air.  Nampaknya kena pergi semula ke warung Lesung Batu... minta anak benih...
 
Sebenarnya dunia blog dan yangbaik memang tidak boleh dipisahkan semenjak mula berkenalan pada awal tahun 2008... eh ye ker.. meh nak semak jap... hmmm okey
 
Sehari dua ini dan mungkin juga sebulan dua ini ... eh.. tertinggal pula seminggu dua ni aktiviti berbloging akan semakin berkurangan.  Sekarang ni pun dah mula perlahan sikit aktiviti dah kurang blogwalking, tinggal komen atau tinggal jejak atau join segmen.
 
Nak kata dah kering idea tak juga, tetapi pengurusan masa tidak cekap kerana memberi lebih tumpuan kepada si kecil ku Abid dan keluarga dan kerjaya... malam harus lah tidur awal kerana nanti nak berjaga pula bagi susu kat baby Abid... mata pun dah naik lebam nie...
 
huhu.... cerita apa jer lah dah mula caca marba nie...Awak ! Jangan Berkecil Hati yer?
 
jangan lah korang pening kepala pula...

Pemalu atau Sombong

As salam,

gambar hiasan - koleksi peribadi
 Dalam majalah ini juga banyak ilmu yang boleh dikutip

Ilmu tidak akan bisa didapat oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong.


(Abul Aliyah)