Pageviews

04 Disember 2012

Akibat banyak makan

As salam,




Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.
(Umar bin al-Khattab)

03 Disember 2012

Giveaway For Followers

As salam,



Giveaway for followers
  
Sudah agak lama tidak terjebak dalam dunia giveaway... kali terakhir kalau tak silap anjuran bro Eyriqazz.  Bukan kerana merajuk tetapi adalah sebab-sebab misteri... uncle gedek kata aye ni anti klimaks... apa-apa aje lah uncle oi... nanti aye buat citer lain plak yerk...
 
 Tiba-tiba saja... terpengaruh pulak dengan Ibu Nor Salmi mengenai catatan beliau.  Bohong cakap lah kalau kita buat apa-apa tu tak nak apa-apa ganjaran... paling sikit pun jadi tapi yang sebenarnya mengharapkan yang paling besar kan? Ha... betul lah tu apa yang difikirkan... kalau tak betul maknanya salah lah tu... hehehe
 
Okey, kembali kepada giveaway for followers, giveaway ini dianjurkan oleh Apit Fizgraphic.com serta 3 rakan blogger iaitu Azhafizah.com Duniashida.com dan kisahemasputih.com.  "Giveaway For Followers" pada pandangan aye antara yang terhebat bagi tahun 2012 yang cantik, yang akan berlangsung selama 16 hari bermulanya hari ini (1 DEC - 16 DEC).
 
Semua hadiah dan syarat-syarat Giveaway ini semuanya terdapat pada banner di atas. "Giveaway For Followers" ini terbuka kepada semua follower penganjur.
 

Syarat-syarat :
1. Buat satu entry dan letakkan banner giveaway ini (backlink kan ok)
2. Letakkan link sponsors dalam bloglist dan di alu-alukan follow juga :)
3. Publish entry dan submit dikomen entry ini (http://www.fizgraphic.com/2012/12/giveaway-for-followers.html). SIAP! mudahkan??
 
Hadiah dari sponsors :
1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang
- Review Blog x2 pemenang
2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)

PERHATIAN! RAMAI YANG TERTINGGAL SYARAT NO 2!
 
 
 


Ketakutan yang paling ditakuti

As salam,


 
Ketakutan yang paling ditakuti.  Bunyi macam menakutkan saja.  Banyak sangat perkara yang menakutkan boleh mendatangkan stress.  Nak senyum takut, nak gelak takut, nak cakap takut, nak diam pun takut.  Bukan sahaja takut pada lipas, tikus, ulat bulu atau lipan.  Itulah banyaknya ketakutan yang menyelubungi hidup.  Semuanya kerana takut dengan prasangka orang sekeliling dan juga takut dengan perasaan sendiri yang kadang-kadang tidak berasas.
 
Ketakutan juga mampu mempengaruhi perasaan dan kehidupan sama ada dalam sedar atau tidak.  Kerana ketakutan juga lah hidup seseorang menjadi sengsara.  Kerana takutkan teman wanita atau teman lelaki mak bapak dipinggirkan... itu bukan kerana sayang :lol: ... Dan,... kerana takut kepada anak-anak jugalah ada sebilangan ibu bapa yang sanggup mengabaikan tugas dan tanggungjawab kepada Allah. Na'uzubillah...
 
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa mereka peliharalah kami daripada ketakutan yang merugikan kami seluruhnya. Kurniakan kami kekuatan bagi menghadapi ketakutan yang merugikan kami, dunia dan akhirat kami.

eehhh... nak tulis ketakutan yang lain tapi lain pula yang keluar... inilah akibatnya terlalu takut sangat nak tulis.  Nak tulis tapi nak sorok... tak nak bagi orang tahu lah konon... Memanglah ini ketakutan yang sebenar kan... tak juga.... banyak lagi ketakutan yang paling ditakuti... apa dia?... itu Biarlah Rahsia... hehehe
 
...