Pageviews

30 November 2012

Biar berubah sehalus angin asal tidak sederas taufan

As salam,

Corak hiasan.  Belum buat lagi corak angin atau taufan.  Kalau dah ada dalam stok boleh letak kat sini bagi menggambarkan tajuk catatan.

Biar berubah sehalus angin jangan berubah sederas taufan.  Ungkapan berkenaan terjumpa semasa 'merayau' kat facebook sebentar tadi.  Penulisnya sudah tentu memahami maksud yang ditulisnya.  Tetapi adakah pemahamannya sama dengan pemahaman aye... mungkin juga tidak sama.

Tujuan ungkapan itu ditulis mungkin bertujuan supaya kita bersedia dengan perubahan tetapi andainya perubahan itu datang secara mengejut macam taufan memang menyakitkan.

Walau apapun kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana suatu masa perubahan itu pasti berlaku sama ada suka atau tidak.

Sesuatu yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita tetapi berdoalah semoga ia mendatangkan kebaikan untuk kita dan seluruh alam.

Dan sesuatu yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita, oleh itu berdoalah semoga kita bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas menerimanya seandainya ia untuk kebaikan kita dan seluruh alam.

Antara Ilmu dan Suapan

As salam



Belum sempat hafal lagi.  Baru habis baca, perlu ulang semula baru boleh hafal... maklumlah bukan baca untuk periksa tambahan pulak memori ni dah semakin menipis...


Hafalkanlah ilmu yang telah Anda kumpulkan! Karena orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya, bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan, lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap, namun ia lemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya. Kapankah Anda akan melihatnya kenyang?  (al-A'masy)

29 November 2012

Antara kesusahan mendapatkan Ilmu

As salam,




Mencari ilmu adalah satu tuntutan kerana dengan  ilmu dapat meningkatkan darjat seseorang.  Namun, ilmu itu tidak berguna sekiranya digunakan pada jalan yang salah dan ilmu itu sendiri adalah ilmu yang salah...

Yangbaik teringat rungutan dari beberapa orang yang sedang belajar secara jarak jauh iaitu belajar sambil bekerja.  Macam-macam rungutan ada yang mengatakan masalah sukar menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah kerana kekangan tugas hakiki dan tak kurang juga tidak sempat membaca atau menelaah pelajaran kerana kesibukan bekerja dan masalah keluarga. 

Memang simpati, namun di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.  Insya Allah jalan menuju kebaikan  akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah asalkan kita berbuat baik dan tidak menyusahkan orang lain. 

Dan, yang penting sekali perlu ikhlas dalam setiap tindakan serta tidak memutuskan hubungan dengan Allah, sentiasa bertahajud meminta bantuan dan pertolongan Allah bagi memudahkan segala urusan.

Teringat lagi (sampai kapan pun) pesanan ustaz pada hari pertama kuliah ketika belajar Diploma Pentadbiran Awam.  Pesanan beliau antara lain orang yang menuntut ilmu adalah pejuang dan sama taraf dengan orang yang berjuang, memang banyak halangan dan rintangan kerana itulah siapa yang menuntut ilmu itu mati dianggap mati syahid andainya ia mati ketika tujuan menuntut ilmu.  Memang banyak halangan dan pahalanya juga banyak...

Namun difahamkan juga sesuatu itu diturunkan tidak lama, seperti yang dinyatakan oleh Abu Darda':-

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')