Pageviews

29 Mei 2011

Ada masa bertambah dan ada ketikanya berkurangan | Bukan teka teki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang. Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah. Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.  ('Umair bin Khumasyah)

28 Mei 2011

28 Mei 2011 | Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ UiTM (Diploma) dan Pendaftaran Kolej Pelajar Lama (Diploma)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Secara kebetulan pada hari ini 28 Mei 2011 juga ada beberapa jemputan kenduri dan majlis tetapi tidak dapat dihadiri kerana bertugas semasa Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ.  Mohon maaf kepada semua.

Dan... pada hari ini juga seseorang yang penting telah berlepas ke UiTM Dungun untuk menyambung pengajiannya di sana... Good Luck.  Mohon maaf kerana tidak dapat menghantar walaupun untuk ke muka pintu rumah cuma...

Kepada semua pelajar baru e-PJJ selamat melanjutkan pengajian semoga tabah mengharungi setiap detik.  Ingatlah bahawa orang yang menuntut ilmu itu hidupnya penuh dengan pahala.  Bersabar mengharungi ujian dan kuatkan semangat untuk terus menyambung semangat ... yang mungkin pernah hilang suatu ketika dahulu.

Sekian.

Ingat yer! tak nak guna dan jangan guna nama tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk ingatan kepada diri sendiri oleh kerana dah tau cerita ini.  InsyaAllah kalau ada anak cucu akan datang kalau boleh jangan guna nama tu...

Cerita apa?

Cerita tu pasal seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz .  Baca cerita tu kat sini

Memang! banyak dah blog lain atau akhbar lain yang buat cerita tu, tapi aye jadikan blog kat atas tu sebagai rujukan sebab aye baca kat blog dia... SO!

Tiada salah pada nama tetapi tidak salah juga pada maksudnya.  Tetapi perbuatannya yang tak patut dipersetujui oleh sesiapa juga.  Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada Mohd Ashraf dan sesiapa yang mempunyai hasrat sama dengannya supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Semoga Allah selamatkan kita dan anak keturunan kita dari gejala sedemikian.  Jauhkanlah bala bencana.  Amin.