Pageviews

25 Mei 2010

Beware The Flu - How Do You Protect Your Loved Ones?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Just want to share abou flu disease.
Every year, the flu virus stalks your family.
Your ederley parents and young children are the most likely victims.

~~~~~~
Pesanan ini dibawakan oleh yangbaik.blogspot.com untuk nuffnang ads dan bewaretheflu

24 Mei 2010

Penentangan ke atas Draw Mohammed Day di Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabatnya serta kaum keluarganya serta seluruh umat Islam seluruh dunia.  Semoga dikurniakan kekuatan dalam menjalani kehidupan yang penuh ujian dan cubaan.  Semoga Umat Islam sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah yang tidak kunjung padamnya sehingga ke akhirat.

Aye rasa terpanggil untuk membuat entri pada kali ini setelah melawat denaihati.  Walaupun pada awalnya hari ini ingatnya tak nak buat entry sebab lambakan kerja tengah melambak... tetapi dikuatkan semangat dan demi kesejahteraan Umat Islam sejagat, inilah sumbangan kecil yang dapat aye berikan.

Pesanan ini diterima oleh Denaihati dari daripada Luqman Adi Hakim yang mungkin kita semua boleh fikir-fikirkan dan bertindak.

Penting kepada semua Umat Islam... bertindak segera.

Esok adalah hari yang sangat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia. . Kerana esok di INTERNET non muslim akan mengatur acara BIADAP UTK KITA SEMUA!!. . . Hari melukis MUHAMMAD (S.A.W), … Jadi, sebagai Muslim kita wajib memboycott acara mereka itu. . .

Malam ini, sblm JAM 12:00 mlam, CEPAT2!! log off pd semua laman sosial seperti berikut: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, dan banyak lagi. Dengan cara ini, mereka akan menghadapi kehilangan berat financial Insya-Allah. . . menunjukkan kita LOVE dan RESPECT untuk nabi kita MUHAMMAD (SAW). Harap semua dapat copy paste teks ini pd semua. Harap kita dapat lakukannya sekurang-kurangnya untuk nabi kita (SAW).

Jika anda tidak percaya, pergi sahaja ke http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Everybody-D…raw-Mohammed-Day/121369914543425?ref=ts2See MoreEverybody Draw Mohammed Day.

Aku pasti tidak semua non muslim menyokong acara yang biadap ini. Ini adalah acara yang dianjurkan oleh mereka yang tidak mahu melihat dunia ini aman damai. Pasti ada agenda disebalik acara yang biadap ini dan pasti ada gerakan yang menyokong. Mungkinkah FREEMASON?

Sebagai tanda sokongan kepada penentangan acara melukis ini ayoh kita ramai-ramai buat entri khas sebagai sumbangan kepada perjuangan penentangan yang sedang berlaku di seluruh dunia sekarang.

~~~~~~~
Catatan:  Terima kasih kepada Denaihati di atas maklumat yang disediakan.  Sesungguhnya aye akui...95 % daripada entri kali ini memang totally aye copy paste jer... nak cepat...
kepada kawan2 semua apa kita semua sama2 buat entry yang serupa...
tiada halangan untuk copy paste...

Sekian.
.

21 Mei 2010

Soal Kerja atau Soal Hati? Teguhkan iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh muslimin dan muslimat.  Semoga di hari yang penuh keberkatan ini kita berupaya perolehi seribu rahmat dari Ilahi.


Soal Kerja atau Soal Hati?

Setiap kerja yang dipohon sudah tentu menjadi idaman hati atau paling kurang kerana kita mempunyai kelayakan untuk kerja itu... mungkin juga ada kerja yang terpaksa dipohon kerana tiada pilihan lain. Namun setiap kerja yang ditawar dan kita terima harusnya menjadi satu titik tolak kepada satu kehidupan atau suasana baru yang harus kita terima dengan seadanya dan berusaha untuk melaksanakan yang terbaik.

Bergelar staf baru di sesuatu organisasi, sememangnya kita diperhatikan. Dari segi apa?... Kebiasaannya selain dari aspek kebolehan, kecekapan dan kualiti kerja yang sentiasa dipantau oleh bos atau staf yang senior anda juga mungkin diperhatikan oleh lelaki bujang hatta suami orang juga.

Sebagai seorang muslimah, anda harus sentiasa ingat kepada batas-batas agama dalam apa jua perkara yang anda lakukan seperti tatacara berpakaian dan penampilan diri. Sebagai staf baru, soal hati seharusnya ditolak ke tepi sebaliknya berikan tumpuan dan fokus kepada soal kerja dan tanggungjawab bagi memahirkan diri dalam tugas yang telah diterima.

Apa yang penting berikan masa untuk memahami bidang kerja dan menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Harus bijak menilai mana yang positif dan negatif. Seorang muslimah sewajibnya memelihara peribadi bagi mengelakkan sebarang fitnah yang boleh membawa kerosakan.

Perkara utama yang harus diberi perhatian pada bila-bila masa adalah:

1. Meningkatkan keyakinan diri. Tidak bermakna hingga menimbulkan riak dan bangga dengan kebolehan diri sebaliknya bersyukur di atas bakat dan akal yang telah Allah kurniakan. Dalam masa yang sama harus juga ada rasa rendah diri dan bersederhanalah dalam setiap perlakuan.

2. Penjenamaan diri. Menjaga penampilan dan imej diri disamping mempunyai nilai peribadi yang unggul seperti rajin, amanah, jujur, bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin. Selain dari itu dengan adanya prinsip diri yang jelas akan menjelaskan lagi jati diri seorang Muslimah yang sejati.

3. Menjana semangat diri. Niat utama melangkahkan kaki ke tempat kerja adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan kerana Allah. Dari sini akan menimbulkan keikhlasan untuk bekerja disamping meneguhkan minat dan mengelak daripada merungut terhadap kerja yang diamanahkan.

4. Meminta bantuan. Sebagai staf baru sudah tentu tidak banyak yang kita ketahui tentang sesuatu perkara. Adalah tidak menjadi kesalahan kalau bertanya kepada staf yang lebih senior asalkan tatasusila sebagai muslimah tetap terpelihara. Dalam masa yang sama elakkan diri dari menjadi bahan fitnah terutama apabila berurusan dengan staf lelaki.

5. Prestasi kerja. Adalah tidak mustahil prestasi kerja akan merosot apabila soal hati mula diberi perhatian dan melupakan niat asal semasa memperolehi kerja. Kawal perasaan kerana tidak mustahil ada ketika hal-hal peribadi akan bercampur dengan urusan kerja, seperti melayan panggilan telefon, sms atau keluar makan.

6. Perkembangan kerjaya. Semasa melangkah kaki ke dunia pekerjaan, sudah pasti setiap dari kita mempunyai perancangan tersendiri untuk memajukan diri dalam kerjaya. Apabila soal hati dan perasaan dicampur adukkan, tidak mustahil akan timbul rasa cemburu dikalangan staf yang lain. Secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan dalam pekerjaan dan akan menyekat peluang untuk meningkatkan diri dalam kerjaya.

Walau apapun situasi yang timbul, sebagai muslimah yang sejati janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan duniawi yang akan menjerumuskan diri ke lembah yang hina. Sebaliknya sentiasalah berwaspada dan mohonlah bantuan dari Allah apabila menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan.

Sumber: Hari Pertama – Fokus kerja berbanding soal hati; Majalah Nur, Mei 2010.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan:  sebagai motivasi dan ingatan buat diri yang sering alpa