Pageviews

18 Jun 2009

Program keceriaan bulanan..

Pada 12 Jun 2009, aye dan rakan-rakan seperjuangan (eewahh) menjadi wakil PLUiTM ke UiTM Shah Alam untuk Program Keceriaan Pejabat Pendaftar bagi bulan Jun 2009. Pada asalnya hanya 7 orang sahaja wakil PLUiTM... last minute, bos minta aye pegi gak... tapi... tak der tapi2 nyer pegi jer ...Jadiknya pada subuh (jam 5.00 pagi) kami seramai 8 orang berangkatle ke Shah Alam...

Aturcara nya ... dah miss kami sampai sedang berlangsung acara senam tari... ini lah beberapa pose yang sempat di rakam... enjoy gak..

Selepas senam tari... peserta dibekalkan dengan sarapan ringkas dan kami ... baru nak daftar, lepas daftar,... releks jap pas tu ada sesi pemberian cenderamata kepada staf cemerlang Pejabat Pendaftar bagi bulan Mei 2009... hmmm salah sorang aye le... timasih atas sokongan dan dorongan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalamkejayaan aye nih... nak jadi cemerlang bukan senang... tapi bila dah dapat cemerlang rasa macam lagi susah plak sebab nak kena jaga semua... masa kerja, kualiti kerja, hasil kerja dan macam-macam lah... Biar apa pun bukannya aye tak bersyukur cuma rasa macamna hahh... biarlah aye sendiri yang tahu dan sesiap yang pernah dapat anugerah dan akan dapat anugerah yang tahu apa perasaanya (bukan perasan tau)...

Lepas tu diikuti dengan ceramah motivasi gitu... tajuknya "Pengurusan Stress". Aye fikir 'stres' skang ni mungkin dah 'gemuk' tu pasal ke bagi 'kurus'... lawak skit... Okeh back to the ceramah... kesimpulan yang aye dapat cam nih... untuk menangani stres, ada tak kurang 20 's' yang perlu di hayati bermula dengan Syahadah, Syariah, Sunnah, Silaturrahim, Sedekah, Senyum, Sabar, Syukur, Siddiq, Syura, Solat, Sauf (Puasa), Sahsiah, Soleh, Sakinah,... Syurga... alamak dapat 16 jer.. kat prof ada dekat 21... tertinggal lak... nanti ada peluang nak rujuk semula kat prof...

Akhirnya diikuti dengan cabutan nombor bertuah... ya tahniah buat rakan2 yang dapat 'tuah'. sape? zamri, syarif, rahimi dan azlina...

sekianlah adanya... semoga jumpa lagi

17 Jun 2009

Vote Sipadan Island To Be The New 7 Wonders of Nature

Sudahkah anda mengundi untuk 7 keajaiban dunia. Inilah peluang untuk kita rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada 1 Malaysia mengundi untuk memberi sokongan kepada Pulau Sipadan ... Malaysia Boleh!

Nak citer panjang2, tak pandailah tapi untuk citer yang lebih detail log ke laman web www.votesipadan.com atau www.new7wonders.com .

Cepat !!!! tempoh undian akanberakhir apda 7 Julai 2009.

Selamat mengundi...

16 Jun 2009

hati... perasaan... pandangan

Gambaran hati dan perasaan yang indah tetapi pandanganku terhalang... dek tiang sebatang... tu...hampehhh