Pageviews

08 Jun 2009

Ada ketika tenang... ada ketika stress bangat...



Sebagai insan biasa, stress mungkin sesuatu yang normal dalam setiap kehidupan. Namun jangan kerana stress hidup dibiarkan berantakan, kembali kepada Islam semoga hidup kita aman

20 Mei 2009

Peta ke Pusat Latihan UiTM


Selamat Datang ke Pusat Latihan UiTM

UPDATE:
Peta di atas adalah versi lama. 
Untuk dapatkan peta terkini sila layari laman Web Pusat Latihan UiTM di sini

15 Mei 2009

Berbakti Kepada Dua Ibubapa

TAZKIRAH PAGI JUMAAT, KELUARAN 11 / 15 Mei 09
PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU), UiTM PERAK

Berbakti Kepada Dua Ibubapa

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud : ”Kotor hidung seseorang dengan berlumuran tanah (maksudnya menjadi hina), kemudian menjadi hina pula, dan kemudian menjadi hina pula (hina di atas kehinaan) bagi seseorang yang sempat menemui seorang daripada kedua ibubapanya atau kedua-duanya ketika mereka sudah tua dan ia tidak dapat berbuat bakti kepada mereka yang akan melayakkannya menjadi penghuni syurga”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan:
Berbakti kepada kedua ibubapa adalah merupakan perkara yang sangat dituntut oleh Islam. Allah S.W.T. Meletakkan kedudukan ibubapa di tempat kedua setelah beribadat kepadaNya seperti firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Dan Allah telah memberikan keputusan supaya kamu jangan menyembah kecuali hanya kepadaNya dan hendaklah kamu bebuat bakti kepada dua ibubapa.
(Surah al-Isra’ : 23)

Kedua ibubapa telah banyak bersusah payah dalam memelihara anak-anaknya. Pelbagai bentuk kesusahan dan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dan terpaksa dilalui sepanjang proses tersebut. Pengorbanan demi pengorbanan telah dicurahkan kepada anak sehinggalah mereka membesar dengan sempurna serta menikmati kehidupan ini dengan baik. Sewajarnyalah mereka tidak melupakan bakti yang telah dicurahkan oleh ibubapa mereka. Sudah sampai masa dan ketikanya pula anak meluangkan sedikit masa untuk berbuat bakti kepada ibubapa dalam berbagai bentuk dan situasi.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
”Berbuat baiklah terhadap ibubapa kamu, pasti anak kamu akan berbuat baik terhadap kamu”.
(Hadis riwayat Hakim dan Tabrani).

Anak yang soleh sentiasa berbakti terhadap ibubapanya ketika masih hidup dan selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Ibubapa adalah anak kunci syurga, maka hendaklah kita jaga (awasi) anak kunci itu dan jangan sampai kita sia-siakan.

Apa yang menyedihkan kita, masih ada manusia yang tidak tahu menilai pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa. Penderhakaan dilakukan secara nyata dan jelas tanpa mengambil kira sedikit pun pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka.

Beberapa bentuk penderhakaan yang dilakukan oleh anak kepada ibubapa mereka, antaranya ialah:
1. Tidak mentaati perintah dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
2. Mementingkan diri sendiri dan keluarga daripada mengambil tahu kehidupan ibubapa lebih-lebih lagi ketika mereka memerlukan bantuan daripada anak.
3. Kasar ketika berinteraksi dengan ibubapa dan sering mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati dan perasaan mereka.
4. Sampai hati menyalahkan ibubapa di atas masalah yang mereka hadapi.
5. Berasa hina dengan kemiskinan ibubapa setelah memperoleh kemewahan hidup.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa?. Baginda menjawab : Bapamu.

Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku?. Nabi s.a.w. menjawab: Ibumu, lalu ibumu, lalu ibumu kemudian bapamu, kemudian yang lebih dekat dan seterusnya.
(Hadis riwayat Muslim)

Marilah kita semua bertekad dan berazam untuk meneruskan kebaktian kita kepada kedua ibubapa kita. Bagi mereka yang telah ketiadaan ibubapa, maka kebaktian disalurkan melalui doa, sedekah, melunaskan segala hutang piutang mereka dengan sesama manusia dan menjalin hubungan dengan mereka yang disukai oleh ibubapa semasa mereka hidup dahulu.. Bagi mereka yang ibubapa masih hidup, teruskan kebaktian ini dan pertingkatkan amalan tersebut sehinggalah ke akhir hayat mereka. Namun begitu pada masa yang sama sebarang bentuk penderhakaan terhadap mereka hendaklah dihindari kerana ia merupakan dosa besar selepas dosa syirik.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
Daripada Abi Asid al-Sa’adi bahawasanya seorang lelaki berkata; ”Wahai Rasulullah, apakah ada lagi daripada sesuatu kebajikan yang perlu aku lakukan kepada ibubapaku selepas matinya?”. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud : Ya, benar!!, berdoalah ke atas keduanya dan beristighfarlah untuk keduanya, laksanakanlah janji keduanya, hubungkanlah silaturrahmi dengan orang yang pernah dihubungi oleh keduanya serta hormatilah teman-teman keduanya”.
(Hadis riwayat Abu Daud)

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh : Abd. Nasir Hj. Musa
Diedit oleh : Ustazah Mazlah Yaacob, Ustazah Kalsom Awang

Terima kasih tidak terhingga kepada Ust. Abd. Nasir di atas kebenaran mengeluarkan tazkirah ini untuk bacaan dan dihayati.

Jazakumullah Hukhairan Kathira. Wassalam.

13 Mei 2009

Jangan abai aspek keselamatan!

Contoh-contoh 'peninggalan' beg tangan tanpa pengawasan...
Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan 'blog'
Jangan pandang mudah soal keselamatan beg tangan anda!!!
terima kasih kepada yang sudi mengingatkan
mohon maaf kepada yang menjadi sasaran
hehehe....

Sedikit Mengenai Meningitis

KAITAN ANTARA MENINGITIS DAN SAWAN DI KALANGAN BAYI

Sawan yang berlaku dikalangan bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca-punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.

Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya. Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak, dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium. [i]

Menurut Dr Hamid Arshat lagi, bayi dan kanak-kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpasti dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan. Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal, mental dan kerosakan deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut.

Anggapan-anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya diambil (lumbar puncture) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan prosedur ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis. Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak-kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis.[ii]


BILANGAN KES PENYAKIT DAN KEMATIAN DISEBABKAN MENINGOCOCCAL MENINGITIS DI MALAYSIA, 1999 - 2003[iii]

Meningococcal meningitis merupakan masalah kesihatan yang kritikal bagi banyak negara dan merupakan salah satu penyebab kematian yang utama. Penyakit ini berpunca daripada bakteria niesseria meningitides yang menyerang meninges, iaitu lapisan nipis di sekeliling otak dan tulang belakang. Penyakit ini cepat merebak dalam bentuk titisan air melalui batuk, ciuman atau bersin. Tanpa rawatan yang cukup, seseorang pengidap penyakit ini boleh maut dengan kadar 50% lebih cepat, iaitu kira-kira 24 hingga 48 jam selepas ianya dikesan.

Bagi tempoh 1997-2002, bilangan kes meningococcal meningitis di Malaysia didapati meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 59 kes pada tahun 2001 berbanding 23 kes pada tahun 1997.

Dalam tempoh yang sama, peningkatan tertinggi ialah antara tahun 1998-1999 dengan kenaikan mencecah 120.83%. Peratus kematian berpunca meningococcal meningitis juga didapati mencatatkan kenaikan tertinggi.

Selepas tempoh tersebut, peratus kematian berpunca meningococcal meningitis menunjukkan pengurangan. Pada tahun 2002, peratus kematian hanya 14.8% daripada 54 kes yang dilaporkan. Ini mungkin disumbangkan oleh kaedah perawatan yang baik terhadap pesakit.


MENINGITIS DI MELAKA TERKAWAL [iv]

MELAKA 9 Mei - Jangkitan radang selaput otak (meningitis) berjaya dibendung daripada merebak selepas ia menyebabkan kematian seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua di sini, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Chua Keng Hua berkata, tiga lagi pelatih yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sejak 7 Mei lalu hari ini dilaporkan semakin pulih. 9 daripada 10 pelatih yang mendapat rawatan di wad pengasingan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan pula, semakin menunjukkan perkembangan untuk pulih.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, sehingga 9 Mei 2009, penyakit meningitis berjaya dibendung daripada merebak kepada penduduk sekitar akademi berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai dan penduduk sekitar akademi tidak perlu panik kerana segala langkah berjaga-jaga dan kawalan rapi ke atas pelatih dipantau pasukan perubatan.

Mengulas lanjut, Keng Hua berkata, sebanyak 453 pelatih dan kakitangan di akademi berkenaan yang terdedah kepada virus tersebut telah disaring. Pelatih yang terbabit kesemuanya lelaki berusia antara 22 dan 24 tahun. Seorang lagi mangsa masih mendapat rawatan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kata Keng Hua, kesemua pelatih dan kakitangan dikuarantin dan tidak dibenarkan meninggalkan akademi selain mereka dikawal oleh kakitangan Jabatan Kesihatan negeri. Selain itu, JPJ telah diminta untuk tidak mengambil pelatih baru buat masa ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman berkata, semua kes menunjukkan gejala utama iaitu demam disertai dengan salah satu atau lebih daripada tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit sendi, keletihan, batuk, loya, kejang perut dan menggigil. Kejadian dikesan pada 7 Mei lalu apabila sembilan pelatih mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka kerana demam dan tanda-tanda penyakit lain.

Susulan itu, satu pasukan siasatan yang diketuai Pegawai Kesihatan Daerah dan unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah melakukan siasatan dan saringan ke atas pelatih yang terbabit. Sampel darah, kencing, swab tekak telah dihantar ke makmal Hospital Melaka dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk siasatan lanjut.

Siasatan turut dijalankan di tiga tempat terbabit untuk mencari punca serangan bacteria iaitu di Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang. Ini kerana seorang pelatih yang meninggal dunia berasal dari Kelantan manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Kepala Batas.

[i] http://home.hamidarshat.com/IKKdemam_sawan.htm
[ii] http://home.hamidarshat.com/IKKdemam_sawan.htm
[iii] http://www.statistics.gov.my/eng/images/stories/files/otherlinks/PST-Siri5.pdf
[iv] AMRAN MULUP dan RIZANIZAM ABDUL HAMID, pengarang@utusan.com.my (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm)

12 Mei 2009

Pencarian makna meningitis

Apa itu meningitis, dalam seminggu ni mungkin hebat diperkatakan selain daripada isu MB Perak. Layan....

Dalam pencarian makna, punca, sebab, risiko dan mengapa meningitis ....

Jumpa lagi....

06 Mei 2009

Aku dan Bengkel 5S


sarapan pada hari pertama


semasa sesi lawatan jalan-jalan cari gambar, sempat lagi berposing depan tugu... ada yang kata menara... nanti kita semak semula... apa nama yang sebenarnya yek..

ini meja aku sebelum 5S.... sebenarnya memang dah ada 5S, tapi kurang diberi perhatian



Aku...

Dahulunya SU dalam Jawatankuasa 5S PL, tetapi disebabkan beberapa perkara yang agak sukar untuk dijelaskan... jawatan tu dengan sendirinya terlucut... Salah aku juga sebab selalu lambat keluarkan minit mesyuarat...Then, mungkin juga kerana keadaan kesihatan aku ketika itu dan kerana gerakan 5S perlu digerakkan segera, maka aku pasrah juga... walaupun aku tak berapa rela..., tapi tak pe.... Peristiwa itu menyebabkan minat aku kepada projek 5S semakin pudar dan perkara ini mengingatkan aku kepada kata-kata oleh PM Nazri dan aku merasakan aku tergolong dalam golongan itu tanpa aku sedari... golongan apa?... fire burn-out, panjang lebar PM Nazri menjelaskan ia adalah seperti pelita minyak tanah (ada lagi ke sekarang nih) yang dipasang sehingga habis minyak.... dan kemudian apabila hendak dinyalakan semula walaupun dimasukkan minyak yang baru, ia sukar menyala dan kalau menyala pun apinya tak lama ...


tapi tak per dengan adanya Bengkel ini semangat itu (atau sumbu pelita itu) seolah-olah ditukar baru..cuma tak tahulah sampai bila boleh bertahan

Bengkel 5S (5-6/5/2009):

Hari pertama - 5/5/2009 - birthday fatimah, http://www.akuterataibiru.blogspot.com/, lebih kepada sesi pengenalan dan kami didedahkan kepada konsep dan kaedah asas 5S.. tamat agak lewat jugak... jam 5.30 petang.

Hari kedua (6/5/2009 - birthday aku plak...), hari ni lebih mendalam lagi dan lebih banyak suspen... sesi petang lepas rehat tengahari kami dibawa melawat ke sekitar kawasan (jalan-jalan cari gambar)

Happy Birthday

Happy Birthday to me... huhuhu... tak ada orang nak ucap... sendiri ucaplah...

05 Mei 2009

Aku dan Kaunter

Salam blog,
agak lama juga tak mencelah di dalam blog ni, ada kesempatan untuk meninjau apa kejadian terkini di dalam blog... nampaknya belum ada lagi ... hm sabar ye... no heart feelings yek.

Pada 27/04/2009, aku, shila, yin (lagi), kak wa (villa tapah), fatimah (teratai biru) dan m nasir ke dewan al-ghazali untuk kursus perkhidmatan kaunter, penceramahnya... hehehehe... ex bos le... bukan tak tau, masa nak apply kursus pun dah tahu... sememangnya kehadiran kami ke kursus ni sebenarnya bukan lah dirancang cuma secara kebetulan aje... ika apply tak lulus... dah last minit baru dapat tau, siap nak pegi sama... sayangnya pada hari yang dijanjikan ada pulak aral melintang... hm... kita mampu merancang hanya takdir yang menentukan... well ika, pass ni boleh la pi dengan group lain lak yek..

Berbalik pada kursus, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan... mulanya 5 kumpulan, hm ada stori-mori plak... dah pecah jadi 10 kumpulan, semua member dalam kumpulan lain-lain. aku kumpulan 6 - 3 orang je ahlinya... hmmm siapa ye... ala staf ptar4, staf uitm johor n aku le.. aktiviti untuk keje kumpulan cukup havoc...kita orang kena survey kat kaunter bhg gaji,... tiba masa untuk present... la... aku plak dia orang lantik jadi ketua...kira okeyla... cakap pun ... actually dah lama tak berhadapan dengan audience macam ni... asyik di belakang tabir jer... bila kena ke depan hmm boleh lah..

Kursus habis agak lewat skit dari jadual asal... oleh yang demikian ulasan oleh bos (mhr) tak banyak... just slight away... cam tu jer... nak juga dengan apa komen... tapi tak dapat... tak pe lah buat kengkawan semua yang belum pegi, pegilah best of luck to u all.

Salam........