Dunia ini bukan tempat berebut
Selamat pagi semua. Ya, dunia ini bukan tempat berebut. Apa pun yang tidak memuaskan hati kita jangan sampai kita menyusahkan orang lain.
Ambil iktibar agar kesusahan orang itu tidak melanda kita. Dek kerana hendak berebut kuasa nan seciput... hingga menyusahkan diri sendiri tanpa disedari.
Tidak salah rasanya terima saja hakikat itu dan hadapinya dengan tenang, selagi ia tidak mengganggu kerja dan ibadah kita kepada Allah.
Hidup ini untuk mengumpul bekal ke sana.
Gunakanlah dunia ini untuk engkau semakin dekat dengan Allah.
Bukan untuk kau semakin dekat dengan dunia.
Dunia ini sementara,
Akhirat itu selama-lamanya.
**In shaa Allah, syurga itu idaman kita.
Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapa kami
dan dosa-dosa kami yang telah lalu dan akan datang.
Terima kasih kerana membaca entri yang agak emosianal sikit pagi ini. Sekadar peringatan buat diri, Dunia ini bukan tempat berebut.