Pengikut Setia

08 Mei 2015

15 koleksi ucapan bergambar hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


15 koleksi ucapan hari Jumaat


Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita dunia dan akhirat.

Teruja sebenarnya nak keluarkan entri ini.  Saban hari ada saja yang singgah bertanya mengenai mutiara kata atau hikmah berkaitan hari Jumaat.  Justeru, dengan gigihnya YangBaik kumpul semua mesej yang diterima dan terbitkan semula untuk tontotan bersama.  Semoga ada sedikit kebaikan dari apa yang telah diusahakan.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah


Terima kasih rakan blogger 3.15

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih rakan blogger 3.15


Kali tiba giliran blog list 3.15 pula dibubarkan.

Bukanlah satu kejutan bagi YangBaik untuk mengeluarkan senarai rakan blogger yang telah diikuti sepanjang bulan Mac sehingga ke hari ini.  Tujuan bloglist ini dibubarkan adalah untuk memberi peluang kepada YangBaik memasukkan rakan blogger yang baru diikuti mulai Mei.

Rakan blogger Mac 2015 ini akan sentiasa dikunjungi bila berkelapangan.


07 Mei 2015

12 amalan sebelum tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



12 amalan penting setiap malam

Sebelum tidur, beberapa amalan berikut dapat memberikan kerahmatan kepada hidup kita.  In shaa Allah.

1. Tidur dalam Wudhu.
2. Tidur ke arah kanan.
3. Tidur dengan niat untuk bangun solat malam (1/3 pagi);
4. Mengucap kalimah syahadah.
5. Menghayati pembacaan Ayatul-Kursi.
6. Melafazkan Salawat 10 kali.
7. Membaca Surah Fatihah 4 kali.
8. Membaca Surah Ikhlas 3 kali.
9. Membaca Surah 4 Qul
10. Mengucap Istighfaar.
11. Memaafkan semua orang sebelum tidur.
12. Membaca 'Bismillah' 21 kali sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kepada malaikat untuk menulis segala kebaikan bagi setiap tarikan nafas si pembaca.

Carian