Pengikut Setia

16 Februari 2015

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway 7 HARI by Syira Lokman


Alahai gigihnya saya. Pagi hari Isnin yang biru ini baru nak terkedek-kedek join giveaway.  Hari ini merupakan hari terakhir untuk Giveaway 7 HARI by Syira Lokman.  Memang betullah tak sempat nak join giveaway.  

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman


Tanpa sembang lebih banyak lagi... jom kita tengok sekejap antara hadiah yang ditawarkan:

  1. Wang tunai RM50 [Ayuni]
  2. Wang tunai RM10 [Fadzi]
  3. Wang tunai RM10 [Khaty]
  4. Topup RM10 x1 [Inani]
  5. Topup RM10 x1[Azharan]
  6. Topup RM10 x2 [Along]
  7. Topup RM5 x2 [Diee]
  8. 4 helai Sapu tangan vintage x1  [Diee]
  9. Basic H Shaklee RM46 [N.Aqidah Azahar]
  10. Belvya 1 jar (nilai : 85 WM, 95 EM) [Fina]
  11. Review Blog [Nurin]
  12. Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut.

Tamat : 16 Februari 2015


14 Februari 2015

Percuma bukan untuk diabaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Percuma bukan untuk diabaikan

Malaysia Best Blog 2015. Bukanlah sesuatu yang percuma untuk mendapat gelaran itu. Nampak seperti sukar untuk dicapai tetapi sebenarnya tidak susah untuk dicapai sekiranya blog itu sudah popular dikalangan pengikutnya. Blog baru atau lama bukan alasan.

Percuma. Blog ini sendiri dihasilkan melalui tapak blog percuma. Tidak juga blog ini diabaikan hanya kerana ianya percuma. Tetapi sukar untuk mengekalkan momentum blogging kerana pemiliknya kurang mahir dalam ilmu blogging dan juga kekangan masa.

Ilmu blogging percuma juga bersepah di merata blog. Banyak tip-tip SEO diperkenalkan. Termasuk juga kaedah meningkatkan Page Rank blog. Banyak yang diberikan secara percuma. Dan pastinya setiap ilmu itu tidak diabaikan begitu saja hanya kerana ia percuma. Ilmu itu harus dikongsi.

Benar juga ada prinsip yang menyatakan kita tidak perlu mencurahkan semua ilmu secara percuma. Kelak ilmu itu tiada nilai. Mungkin juga benar terpulang kepada penerimaan masing-masing.




Sesuatu yang dicurahkan secara percuma dari kita kadang-kadang bagi orang yang hendak menerimanya tidak juga diperolehi secara percuma. Ada beberapa halangan yang perlu ditempuh untuk mendapatkan ilmu yang percuma itu. Antaranya halangan masa dan wang ringgit, perlu dikorbankan begitu juga dengan mental dan fizikal seperti kesihatan yang baik.

Sesekali kita memberi pastinya ada jutaan jasad lain yang menghargainya.

Sekian.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Mutiara kata #16/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tuan untuk diri sendiri

Kufi :  Subhanallah


Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhkoda untuk bahtera hidupnya.

(Ali)


Carian