Pengikut Setia

13 Januari 2015

1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah

Jom join segmen Mai Atiqah.  Beliau baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.  Senarai follower pun belum ramai lagi.

Mai buat segmen ini untuk memudahkan blogwalking, sambil follow dan mengeratkan silaturahim antara warga blogger sekalian.

Dunia blogger pasti bertambah meriah dengan kehadiran lebih ramai lagi blogger.  Rajin celoteh, rajin sembang-sembang dan tidak sombong.  

Cuma jangan salah anggaplah, kadang-kadang ada blogger yang tidak tinggalkan jejak seperti komen sebab tidak tahu apa yang nak dikomen.  Ada juga yang tiada idea nak menulis.  Kalau tinggalkan komen sepatah kata nampak macam malas pulak.  Dan ada ketika bandwith broadband yang dah habis limit.... tak sempat nak tinggal komen.  Ada juga yang tidak membalas lawatan rakan blogger kerana kesuntukan masa, bila tertangguh bawa kepada terlupa pula.

Eh... banyak pula celoteh saya.  Bukan apa nak menanam dan sematkan pemikiran positif di minda bukan sesuatu yang mudah.  Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. kan???

Kembali kepada 1st segmen Blogwalking.  Tarikh Tutup 30hb Januari 2015. 

Jadi kepada rakan blogger yang lama dan baru silalah klik banner di atas untuk menambah kenalan dan merapatkan ukhuwah sesama kita.

Selamat maju jaya kepada semua.

Mutiara kata #8/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ganjaran untuk keikhlasan


Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

~(@^_^@)~


Seringkali apa yang kita usahakan kerana terpaksa. Terpaksa buat kerana dipaksa. Tentu sukar untuk kita jadikan atau niatkan kerja yang dipaksa itu sebagai ikhlas.

Teringat pesanan dari seorang mantan bos, katanya kita hendaklah buat sesuatu kerja yang kita suka dengan sendiri jangan sampai dipaksa, kerana bila dipaksa kita tidak ikhlas dan hasilnya tidak memuaskan.

Kita terpaksa memaksa diri untuk menerima "paksaan" itu dan jadikan sebagai sesuatu yang kita suka. Pastinya kerja itu adalah untuk kebaikan semua orang bukan sesuatu kerja yang haram di sisi Allah seperti mencuri, merompak atau merosakkan harta orang.

Peringatan buat diri sendiri agar sentiasa ikhlas dengan pekerjaan yang diamanahkan.

o (∩ ω ∩) o
posted from Bloggeroid

12 Januari 2015

Bekas makanan untuk bekal sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekas untuk bekal sekolah




Terdapat banyak bekas makanan di pasaran. Ada betbacam-macam jenis, rupa bentuk warna dan saiz. Dalam keadaan masa yang agak terhad serta pilihan yang tidak banyak, capai saja bekas makanan yang difikirkan sesuai untuk bekal sekolah anak-anak.

Anak-anak, walaupun ada ketika agak cerewet dengan makanan perlu juga disediakan makanan dari rumah. Makanan ringkas pun tidak mengapa asalkan perut mereka tidak kosong. Bukan tidak percaya dengan kebersihan makanan di kantin sekolah, tetapi kasihankan mereka yang terpaksa berebut membeli makanan di kantin sekolah. Pernah juga anak cerita makanan yang diminta telah habis dan terpaksa menunggu untuk makanan lain yang perlu dimasak. Terpaksa menunggu pula hingga habis waktu rehat.

Sekarang mereka sekolah sesi petang, bimbang juga kelak dihidangkan makanan tengahari yang tidak habis. Anak-anak, tidak pandai menilai rasa dan bau makanan. Dalam keadasn kelam-kabut mungkin pakcik kantin tersilap hidang makanan yang hampir basi. Minta-minta tidaklah sampai begitu.

Berbalik kepada bekas bekal makanan yang baru dibeli, sudah tentu saya mengharapkan bekas itu dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan apa anak-anak perlu diajar berjimat-cermat. Dengan membawa bekal ke sekolah, dapat jimat masa dari beratur dan kebersihan makanan juga terjamin.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Carian