Assalamualaikum dan selamat sejahtera
#Bajet2015 dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada petang ini, jam 4.00 petang. Sudah pasti banyak pihak yang ternanti-nanti apa yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.
|
#Bajet2015, 10/10/2014, 4.00 petang |
Setelah beberapa bulan tempoh penyediaan dan pengumpulan maklumbalas daripada
rakyat Malaysia, pembentangan #Bajet2015 akhirnya akan dibentangkan hari ini, 10
Oktober 2014.
Ada apa dengan kita? Semestinya banyak perkara yang bakal dibentangkan terutamanya isu-isu berkaitan Kos Sara Hidup, Perumahan, Kehidupan
Bandar dan pelbagai lagi antara intipati #Bajet2015 yang akan
dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak di
Parlimen.
Bagi memastikan Pembentangan #Bajet2015 dapat
diikuti oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada. Pihak berwajib telah menyediakan beberapa platform agar pembentangan
#Bajet2015 dapat diikuti oleh semua.
Antara platform yang disediakan, antaranya:
"Malaysia sedang berada dalam satu perjalanan. Destinasi kita jelas: sebuah negara dengan status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi. Namun setiap perjalanan pasti akan ada cabaran. Kita mungkin perlu menyesuaikan perjalanan kita demi mengelak sebarang halangan. Walau apa pun, destinasi kita kekal sama". NajibRazak.com
Semoga #Bajet2015 yang dibentangkan dapat memberi kebaikan yang banyak kepada kita untuk meneruskan kehidupan lebih berkualiti dunia dan akhirat. Kerana sudah pasti di sana destinasi kita yang abadi.