Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari ini Sabtu merupakan minggu terakhir bagi cuti sekolah.
Maka dengan sendirinya secara tidak langsung hari ini banyaklah majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan pertunangan.
Sebagai wakil keluarga, encik suami mendapat banyak undangan dan dari tempat yang berbeza. Banyaknya jemputan sehingga sukar untuk membuat pilihan hendak ke mana satu. Akhirnya pilihan dibuat dan tempat yang dihadiri adalah di Sungai Galah, Tanjung Tualang.
Tempat pertama yang dihadiri adalah majlis Perkahwinan adik kepada Atan Kaloi. Nama pengantin lupa pula nak tanya cuma kenal gitu-gitu jer. Bergambar pun tak sempat...segan pula.
Tempat kedua adalah rumah Makcik An. Majlis Pertunangan anak bongsunya, Tina. Terlewat sikit sampai. Namun nasi dan lauk pauk masih banyak... makan lagi untuk tidak menghampakan tuan rumah. Bakal menantu Makcik An berasal dari Filipina... sama sama deme kena belajor bahasa baru...
Sesekali ke Sungai Galah mendatangkan satu perasaan gembira yang sukar digambarkan kerana dapat berjumpa dengan jiran-jiran lama yang mesra seperti ahli keluarga sendiri. Terutama bila jumpa Kak Intan dan Che Pah...
Sekian lah cerita hari ini yang tidak bergambar.