Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label perjalanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan. Papar semua catatan

09 Jun 2013

Perahu, dayung dan bekal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan:  Laut Teluk Batik


  • Kehidupan dunia itu laksana samudera luas yang telah banyak memakan korban, baik orang-orang terdahulu maupun yang datang setelah mereka. 
  • Maka jika Anda mampu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah sebagai perhaunya, tawakkal kepada-Nya sebagai dayungnya dan amal shaleh sebagai perbekalannya. 
  • Apabila Anda berhasil menyeberanginya dengan selamat maka hal itu adalah semata-mata berkat rahmat Allah. 
  • Dan apabila Anda celaka di tengah perjalanan maka itu disebabkan oleh dosa-dosa yang Anda lakukan.

(Seorang ahli hikmah)


30 Mei 2013

Semoga Segera Sembuh

Assalamualaikum


Minggu ini sekali lagi berulang ke Hospital Seri Manjung.
Bahkan hampir empat bulan asyik berulang ke Hospital Seri Manjung.
Keadaan kesihatan kita memang tidak menentu terutama bonda yang sudah berusia emas.
Hanya takdir yang menentukan segalanya.  Kejutan ini sungguh memberi kesan yang amat mendalam.


Buat bonda tersayang... semoga segera sembuh.

Mungkin juga bermula sejak 7 bulan lepas jarak dari Seri Iskandar ke Seri Manjung yang memakan masa perjalanan biasa 1 jam sudah dirasakan dekat.
Tidak dengan niat hendak menyalahkan takdir tetapi itulah hakikat yang wajib diterima.



20 Mei 2013

Port Dickson Aku Datang (Siri 2)

As salam

Yup!  sekali lagi menyambung siri lepas Port Dickson Aku Datang.

Kalau tak silap dalam siri lepas aye berhenti rehat di RnR Tapah.  Haish !! lama sungguh berhenti hampir seminggu mencari idea dan kaedah bagaimana nak menggarap cerita ini supaya menjadi seperti telenovela atau teleblog... hahaha. Apa nak buatkan sementara mencari idea datang mencurah-curah kita merepek sekejap... eh kalau serius jer boring tau!

hentian sebelah Rawang
Sementara nak sampai ke Seremban, belum lagi nak sampai ke Port Dickson atau Teluk Kemang berhenti sekejap di Hentian Sebelah Rawang.  Kawan-kawan seperti biasalah ada yang nak menyambung asap yang terputus dan sebagainya.  Berhenti tidak lama hanya seketika cuma bagi mereka peluang melepaskan hajat masing-masing.

Perjalanan diteruskan... nampaknya dah makan masa yang agak banyak juga.  Tetapi tak mengapa perjalanan tetap diteruskan.

terpesona dengan kecantikan awan

Sepanjang perjalanan cuaca tidaklah panas sangat dan juga tidaklah mendung... justeru awan pun kelihatan amat cantik sekali.  Subhanallah.  Sebelum ini selalunya memang tidak kesah sangat dengan awan-awan yang sentiasa menemani.  Hanya pada kali ini awan-awan ini amat menarik perhatian sahabat baik ini.  Satu lagi pengajaran dan perkongsian emosi dari seorang sahabat.  Terus aye amat awan-awan itu...


ter rakam

Bukan sahaja gambar awan cantik yang menjadi pemandangan indah tetapi gambar di atas adalah antara beberapa pemandangan yang sempat dirakam oleh lensa hp.  Memang gambar itu tidak berapa cantik tetapi cukup sekadar untuk tatapan.  Lokasi sungguh tak ingat maklumlah perjalanan kan masih jauh.  Lalu aye teringat petikan kata-kata 'kita berhak bersuara tetapi kita kita berhak menolak kemajuan dan pembangunan'.  Tidak tahulah di mana signifikannya kata-kata itu, tetapi itu cukup memberi gambaran bahawa mahu tidak mahu kita harus menerima pembangunan hanya cara dan kaedahnya saja yang boleh dikompromi.... tersasar sekejap. :P



Sebelum terlupa, ini adalah beg yang menemani aye di sepanjang program.  Berupaya memuatkan notebook acer dan gula-gula serta lain-lain keperluan seperti alatulis dan hp pendek kata semua boleh isi lah termasuk air mineral juga.  Kan... semua nak tulis.  Tu saja nak cerita...baru beli... fresh from the oven okey.  Shawl yang terlibat tu tidaklah menjadi teman sepanjang program, hanya disangkut semasa pergi... bila balik dah masuk dalam beg simpan baik-baik.  Dah lama beli... hampir setahun lepas.


RnR Seremban

Tiba waktu makan tengahari di RnR Seremban.  Tempat duduk tak payah cerita le... punya la ramai rakyat Malaysia.  Nak kena cop tempat, makan pun berhimpit je dengan sahabat-sahabat sekelian.  Dok sibuk ambil gambar orang... ini gambar 'candid', memang deme tak perasan.  Aye?  tak makan tengahari ni, sebab pagi tadi dah makan banyak juga di RnR Tapah.  Lagi pun tak buat kerja kan ... atas baspun memasing dok tidor jer...kejap-kejap layan awan nano, sat lagi layan FB... jadi tak der lah lapar sangat... beli jagung cup dengan pop corn buat jajan atas bas... itu pun tak habis... 


Rasanya cukup dulu di sini.  Nanti sambung semula dengan kisah seterusnya iaitu kesah dan kejadian sepanjang program Team Building di Nube Training Centre, Teluk Kemang.


Port Dickson... sekali lagi akan akan aku datang .... 


15 Januari 2012

Jalan-jalan terserempak Volkswagen Polo





Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Volkswagen Polo

Sebentar tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari Seri Manjung ke Seri Iskandar Yangbaik terserempak dengan lori panjang mengandungi 3 unit kereta merah seperti di atas.  Ke manalah hendak dihantar Volkswagen Polo tu.  Tak sempat nak siasat sebab Yangbaik memang segera nak balik ke rumah.  Jika tidak kemungkinan besar misi menyiasat lokasi kereta itu ditempatkan akan dilaksanakan.

Seperti yang dimaklumkan di dalam laman web Nuffnang, terdapat beberapa siri Volkswagen untuk dipandu uji.  Dan jika tak silap tarikh pandu uji adalah pada 14/1/2012 di Car Park 2, Desa Park City.  Teringin juga nak pandu uji VW Polo, walaupun Yangbaik belum lagi mahir memandu tetapi partner Yangbaik pasti teruja jika dapat peluang pandu uji VW Polo kerana memang hobinya memandu. Walau apapun jika ada peluang untuk pandu uji di Ipoh atau Seri Manjung peluang itu pasti direbut segera.

Antara siri VW yang terbaru yang hebat-hebat adalah • Polo 1.2 TSI, • Golf 1.4 TSI, • Passat CC 2.0 TSI, • Jetta 1.4, • Passat 1.8 dan  • Polo GTI

Volkswagen Polo kereta yang hebat
Warna merah kelihatan menawan
Jika benar bagai dilihat
Sungguh hati ini sudah tertawan

.

07 Jun 2011

Bekal untuk perjalanan yang jauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cuti sekolah bulan Mei dan Jun 2011, masih ada lagi satu minggu.  Tentu banyak perancangan untuk bercuti bersama keluarga.  Kepada anak-anak kalau boleh sepanjang hari semasa cuti sekolah itulah mereka hendaklah berjalan dan kepada mak bapak pula kena tunggu hari minggu.  Mana kan tidak cuti rehat tahunan nak juga simpan untuk hari raya atau hari-hari kecemasan yang lain. 

Okey, bila bercerita tentang cuti sekolah tentu ada kaitan dengan perjalanan balik kampung atau bercuti di tempat-tempat percutian yang lain seperti tempat perkelahan atau tempat-tempat bersejarah seperti Zoo Taiping, Muzium, Tugu Negara dan juga Putrajaya serta banyak lagi.  Itulah antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi yang sering menjadi bahan perbualan di kalangan kita semasa 'muda' dulu-dulu.


Dan bila keluar bercuti, sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat.  Bila dah naik kenderaan jangan lupa baca doa naik kenderaan.  Pastikan juga kesihatan pemandunya dalam keadaan baik dan stabil supaya tiada gangguan dalam perjalanan kelak.

Itu adalah antara rentetan cerita sebuah perjalanan manusia di dunia, selagi hayat dikandung badan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beramalah kalian untuk akhirat kalian! Karena sesungguhnya barangsiapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah akan mencukupi untuknya perkara dunianya. Perbaikilah amalan-amalan hati kalian, niscaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan lahir kalian. Perbanyaklah mengingat kematian dan persiapkanlah bekal dengan sebaik-baiknya untuk menempuh perjalanan akhirat sebelum datang kepada kalian pemutus dan penghancur segala kelezatan (kematian).  (Umar bin Abdul Aziz)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Carian