Pengikut Setia

05 April 2013

Cerita tersinggung dan terima kenyataan

As salam,



Sempena hari Jumaat, penghulu hari yang mulia ini rasa tak berapa selesa nak bercerita mengenai perasaan atau rasa hati yang tersinggung terutama bila dikaitkan dengan orang lain.

Mungkin juga kita tidak sedar bukan kita saja yang tersinggung tetapi ramai lagi orang yang tersinggung dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

Bengkel Penjimatan Kos

As salam,



Hari ini, Jumaat 5 April 2012, aye telah diminta turut serta dalam Bengkel Penjimatan Kos.  Aye perlu hadir sebagai wakil bahagian kerana bos tertinggi outstation dan bos kedua pula ada tugasan lain yang lebih mendesak.

Walaupun pada asalnya aye agak keberatan untuk mengikuti bengkel ini memandangkan ia lebih kepada Bos-Bos sedangkan aye hanya staf biasa-biasa saja.   Sebenarnya disebabkan sudah 3 hari aye bercuti kerana menjaga anak-anak yang demam campak, maka banyaklah kerja yang perlu disiapkan.  Dan... rasanya pasti ada lagi yang terhutang dengan ramai orang kerana Ekspo Selangkah tempoh hari.

Walau apa pun kehadiran ke bengkel ini memberi banyak input baru terutamanya dari penceramah jemputan yang didatangkan dari MPC Wilayah Utara.

Dari bengkel ini juga aye berjumpa dengan beberapa istilah baru yang sebenarnya sudah lama digunakan antaranya Lean Thinking, Muda Mura Muri, COOWTIMM, 6 Sigma, VSM dan Poka Yoke dan banyak lagi.  Nampaknya lepas ni kena cari makna sebenar istilah berkenaan untuk lebih mudah memahami kehendak bengkel ini dan bagaimana hendak dilaksanakan.

Bengkel ini dijangka tamat pada petang ini... dan lihatlah hasilnya nanti, nak kena bentang kepada bos pula...

Selamat berbengkel.

Jom minum susu

As salam,


Seperti biasa memang tak tahu macam mana nak mula cerita.  Tajuk dah ada, bahan cerita pun ada tapi aye lemah sikit nak buat intro/pengenalan... lemah betul.



Carian