Pengikut Setia

05 April 2013

Bengkel Penjimatan Kos

As salam,



Hari ini, Jumaat 5 April 2012, aye telah diminta turut serta dalam Bengkel Penjimatan Kos.  Aye perlu hadir sebagai wakil bahagian kerana bos tertinggi outstation dan bos kedua pula ada tugasan lain yang lebih mendesak.

Walaupun pada asalnya aye agak keberatan untuk mengikuti bengkel ini memandangkan ia lebih kepada Bos-Bos sedangkan aye hanya staf biasa-biasa saja.   Sebenarnya disebabkan sudah 3 hari aye bercuti kerana menjaga anak-anak yang demam campak, maka banyaklah kerja yang perlu disiapkan.  Dan... rasanya pasti ada lagi yang terhutang dengan ramai orang kerana Ekspo Selangkah tempoh hari.

Walau apa pun kehadiran ke bengkel ini memberi banyak input baru terutamanya dari penceramah jemputan yang didatangkan dari MPC Wilayah Utara.

Dari bengkel ini juga aye berjumpa dengan beberapa istilah baru yang sebenarnya sudah lama digunakan antaranya Lean Thinking, Muda Mura Muri, COOWTIMM, 6 Sigma, VSM dan Poka Yoke dan banyak lagi.  Nampaknya lepas ni kena cari makna sebenar istilah berkenaan untuk lebih mudah memahami kehendak bengkel ini dan bagaimana hendak dilaksanakan.

Bengkel ini dijangka tamat pada petang ini... dan lihatlah hasilnya nanti, nak kena bentang kepada bos pula...

Selamat berbengkel.

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian