As salam
Sekarang memang sedang hangat diperkatakan mengenai 'green earth' atau dengan kata lain jimatkan penggunaan elektrik untuk menghijaukan bumi. Eh! betulkan kenyataan ini jika aye silap. Yang penting kita semua terlibat dengan Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Antaranya;
1. Bagi yang bekerja di pejabat pastikan:
- suis lampu atau kipas (ada ker) ditutup bila tidak digunakan
- termasuk juga mesin fotostat dan mesin pemanas air
- matikan penghawa dingin setelah habis kerja
- pastikan suhu penghawa dingin adalah sekitar 24 darjah; iaitu suhu standard bagi Malaysia agar kelak tidaklah kita seperti hidup di musim winter. Takder maknenya winter sonata di Malaysia.
2. Suri rumah pula:
- matikan suis pemanas air setelah air mendidih
- matikan suis tv, pemain cd setelah tidak digunakan. Usah sesekali dibiarkan suis dalam mod stand-by kerana bil elektrik tetap berjalan.
- matikan suis pemanas air di bilik mandi segera...
- jadilah suri rumah yang pintar dan bijak berjimat cermat.. ewahhh... sebenarnya ini adalah untuk ingatan diri sendiri juga.
- kurangkan suhu penghawa dingin bilik
- apa-apa juga boleh dilakukan untuk menjimatkan tenaga elektrik dan menjimatkan duit poket.... bil elektrik dah tinggi sekarang nih!!
3. Sumber tambahan diperolehi dari e-mail 'berantai'
- amalkan mematikan suis-suis lampu, penyaman udara, komputer, laptop, printer, mesin faks, mesin fotostat, mesin pemanas air, tv, radio dan lain-lain peralatan elektrik bila sudah tidak digunakan atau tiada pengguna.
Ada apa-apa lagi tambahan maklumat sila... kongsi