Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Green Earth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Green Earth. Papar semua catatan

23 Mac 2013

EARTH HOUR 2013 | Jam Bumi 2013

As salam,

Dengan sengaja menambah maksud yang tidak tersirat disebalik kegelapan selama satu jam.


Padamkan Lampu Selama 1 Jam dari 8:30pm hingga 9:30pm pada hari Sabtu, 23 Mac 2013.


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.
Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :

1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.
2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini


keterangan di atas di salin semula dari 
: http://www.facebook.com/#!/earthhour/info

04 Oktober 2012

Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik

As salam


Sekarang memang sedang hangat diperkatakan mengenai 'green earth' atau dengan kata lain jimatkan penggunaan elektrik untuk menghijaukan bumi.  Eh! betulkan kenyataan ini jika aye silap.  Yang penting kita semua terlibat dengan Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik.

sumber gambar:  blog majalah sains
 
Banyak yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Antaranya;

1.  Bagi yang bekerja di pejabat pastikan:
  • suis lampu atau kipas (ada ker) ditutup bila tidak digunakan
  • termasuk juga mesin fotostat dan mesin pemanas air
  • matikan penghawa dingin setelah habis kerja
  • pastikan suhu penghawa dingin adalah sekitar 24 darjah; iaitu suhu standard bagi Malaysia agar kelak tidaklah kita seperti hidup di musim winter.  Takder maknenya winter sonata di Malaysia.
2.  Suri rumah pula:
  • matikan suis pemanas air  setelah air mendidih
  • matikan suis tv, pemain cd setelah tidak digunakan.  Usah sesekali dibiarkan suis dalam mod stand-by kerana bil elektrik tetap berjalan.
  • matikan suis pemanas air di bilik mandi segera...
  • jadilah suri rumah yang pintar dan bijak berjimat cermat.. ewahhh... sebenarnya ini adalah untuk ingatan diri sendiri juga.
  • kurangkan suhu penghawa dingin bilik
  • apa-apa juga boleh dilakukan untuk menjimatkan tenaga elektrik dan menjimatkan duit poket.... bil elektrik dah tinggi sekarang nih!!
3.  Sumber tambahan diperolehi dari e-mail 'berantai'
  • amalkan mematikan suis-suis lampu, penyaman udara, komputer, laptop, printer, mesin faks, mesin fotostat, mesin pemanas air, tv, radio dan lain-lain peralatan elektrik bila sudah tidak digunakan atau tiada pengguna.
Ada apa-apa lagi tambahan maklumat sila... kongsi

Carian