Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011.
Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan. Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.
Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang. Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan. Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.
Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.
Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini. Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri.
Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi.
Sekian.
*.*