Pengikut Setia

11 September 2011

Selami makna di sebalik Das Auto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Das Auto - masa depan,masa lalu dan masa kita sekarang .

Adakah kita benar-benar menghargai kenderaan yang kita gunakan dalam perjalanan seharian?
Kebijaksanaan membina sebuah kereta telah mendapat perhatian, luar biasa dan dan sering dikenali sebagai mainan baru. Kebanyakan kita tidak mengambil kira setiap hasil titik peluh dan setiap orang yang menghasilkan kereta yang kita pandu hari ini.

Volkswagen, ia adalah masa lalu, sekarang dan masa depan kita. Jenama yang membina Kereta terutama pada zaman kanak-kanak kita dahulu mahupun zaman datuk kita. Menghargai bentuk Kubah yang unik dan mampu digunakan untuk satu-satu barangan dengan keluarga dan rakan-rakan anda kerana ia mempamerkan apa yang berlaku di bawah hud dan sudah tentu, apa yang Volkswagen inginkan.
 

Hujung minggu ini kita akan faham mengapa Volkswagen adalah masa lalu, sekarang dan masa depan kita. Dan kini anda akan tahu kenapa mereka panggil "Kereta." (Das Auto.).

 

 

Aktiviti 11 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aktiviti hari ini 11/9/2011, selain daripada kerja lebih masa adalah mengemas rumah.  Seperti biasalah kan dah jadi tanggungjawab terhadap anak-anak juga.  Oleh kerana semalam dengan tegar dan gigihnya selepas membeli juadah untuk berbuka puasa yang ke-6, berkejar pula ke kedai perabut yang konon-kononnya nak tengok saja.  Tetapi hati dah terpaut dan tertawan dek harganya yang berbaloi kebetulan duit pula cukup di tangan. Apa lagi beli lah almari pakaian untuk mereka berdua seperti digambar tu... Alif dan Diena... suka kemain lagi.

Semalam tak sempat nak kemas sebab lepas buka puasa terus ke rumah jiran tetangga menghadiri majlis rumah terbuka.  Bila balik anak-anak nak tidur macam pula nak punggah kain baju tu.. Tu yang dijadikan cerita pagi tadi sebelum ke tempat kerja angkat almari tu letak di bilik... dan tinggalkan mereka untuk mengemas di rumah.  Petang ni, tengok dulu apa yang sempat nak buat.

Itulah sebahagian cerita dan aktiviti pada 11/9/2011. 
Tiada kaitan langsung kan dengan apa yang sedang heboh diperkatakan sekarang ni... hehehe.... tak moh cari publisiti murahan la...
Sekian.

*.*

Toyota Vellfire | Yang garang dan 'sporty'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Agak lama juga mencari idea dan mengumpul jalan cerita mengenai kereta Toyota Vellfire.  Memang agak ketinggalan jugalah sebab Toyota Vellfire ini dikeluarkan sekitar tahun 2007 atau 2008 kalau tak silap jangkaan.  Kalau silap memang silaplah sebab aye baru jer nak buat cerita mengenai Toyota Vellfire ni pada tahun 2011, dah melepasi 3 tahun. 

Toyota Vellfire
sumber gambar ini dan gambar-gambar berikutnya
berkaitan Vellfire adalah dari paultan.org
Cerita aye pun taklah sangat tentang Vellfire ni, cuma sekadar menempel gambar yang dipinjam dan adalah ayat-ayat skema yang seperti biasa-biasa.  Entah bila nak jadi luar biasa ? Tunggulah!
Walau apapun pada aye, Vellfire ni... belum lah dapat dimiliki lagi.  Baru jadi impian untuk memiliki tetapi belum dalam genggaman... hahaha macam angan-angan Mat Jenin saja.  Tetapi berangan tak salahkan? Bukan kena bayar pun.

Toyota Vellfire memang nampak agak lebih aggresif dari MPV yang lain memandangkan bentuknya yang agak 'garang' namun ia kelihat 'sporty' juga dan memang menarik ditambah dengan warnanya yang memang antara tone warna dalam perhatian aye...



Toyota Vellfire
Kemasannya memang tak akan pernah kalah... jika mampu akan jadi kenyataan seperti pepatah Melayu "Alah membeli menang memakai".  Akan tiba jua...mampukah ia menjadi milikku... eh eh terbalik... boleh lah..


Toyota Vellfire
Pandangan dari sudut lain pula... fuyyyooo ... makan tidur dalam Vellfire saja..



Toyota Vellfire
Lihat pula kemasan dashboard.... walla... walau aye tak mampu memandu lagi dapat pegang dan duduk pun jadi lah.... mana nak cari showroom Toyota yang ada Vellfire?

~~~~~~~~~~
 Credit the picture to the Author
After dabbling for years in the IT industry, Paul Tan started this site initially as a general blog covering various topics of personal interest. He noticed readers were paying alot of attention particularly to the motoring stories. One thing led to another and passion has turned into full time unbiased coverage of the Malaysian and global automotive industry since 2005. Paul Tan is also the executive producer of the Driven motoring TV show on 8TV.

Sekian.


_/--\_
0     0    ..... ada rupa kereta tak?...ngeh ngeh ngeh...


>.<

Carian