Pengikut Setia

22 April 2011

Rasa kecewa kerana tidak cukup sempurna?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasa kecewa itu datang dari sikap sendiri atau orang lain.

Sikap sendiri kerana lemah dalam membuat penilaian, lembap dalam pemahaman juga kerana kurang bersedia dari segi ilmu, masa dan minda yang tidak fokus kerana juga kurang mahir dalam mengagih tugas dan komunikasi.

Kerana orang lain pula adalah kerana mereka cepat melenting bila ditegur, suka cakap yang bukan-bukan (melalut dan lari topik), suka memburukkan orang lain, tidak memberi kerjasama, banyak dalih dan alasan yang tak munasabah bila tanya pendapat dan sokongan, tak cuba memahami perasaan orang yang bertanya, tidak mahu pengerti perasaan orang, sukac bicara melulu (tanpa usul periksa) dan pentingkan diri.

Sukar dapat kerjasama atau tidak mahu berkongsi idea dan pendapat dengan orang baru.  Kononnya biarlah 'dia' susah... (suak tengok orang susah).




.......TAK PAHAM CERITA KAT ATAS?...

:-(




MORAL OF THE STORY?


Tiada manusia yang sempurna, sama ada yang mereka cerita atau yang diceritakan... So.... berusahalah untuk menjadi yang terbaik, tepis setiap tohmahan dengan sebaik-baiknya.










Terima kasih kerana memahami


:-)

21 April 2011

Akauntabiliti tu ape hah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Akauntabiliti adalah berkaitan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan memastikan tugas yang dilaksanakan itu mencapai objektif amanah tugas.  Amanah tugas itu pula dilaksanakan mengikut prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan serta bersedia dipersoalkan kesan daripada tindakan yang telah dilakukan. (olahan semula dari buku nilai dan etika).

Kesimpulan:  Setiap dari kita mempunyai amanah tugas yang hendaklah dilaksanakan sesuai dengan kemampuan dan tanggungjawab kita seperti staf.  Setiap tugas yang kita laksanakan itu pula hendaklah bersesuaian dengan peraturan yang berkuatkuasa dan bersedia pula betanggungjawab atas apa juga kesan yang timbul daripada tugas yang telah dilaksanakan.
nota:  1hari 1nilai

19 April 2011

Kenapa Aku Menangis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kenapa aku menangis?
entahlah ada macam-macam sebab kenapa aku menangis
aku menangis kerana aku sedih
aku menangis kerana air mataku dah nak keluar
aku menangis kerana aku takut
aku menangis kerana ....

jangan salah faham yer... ini bukan cerita tentang aye yang menangis tapi layan jer...

korang pulak menangis kerana apa?

~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menangis bukan karena takut mati atau karena kecintaanku kepada dunia. Akan tetapi, yang membuatku menangis adalah kesedihanku karena aku tidak bisa lagi berpuasa dan shalat malam.

('Amir bin 'Abdi Qais)

Carian