Pengikut Setia

24 Mac 2011

Mengapa hati ?

Selamat sejahtera,

(sumber gambar dengan kerjasama Mr. Google)

Luka di tangan nampak darahnya
luka di hati terpendam jiwa dan raga ... lalu hadapkan sepenuh jiwa dan raga ke hadrat Ilahi, memohon ketenangan dan kesejahteraan...

.

Monolog sebuah harapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber:  mr. google (rumah seni)
Izinkan aye bermonolog tentang harapan....

-  Dalam hidup ini kita sentiasa mengharap.  Mengharap pada diri sendiri, mengharap kepada orang lain, mengharap kepada keadaan, mengharap kepada masa, mengharap kepada alam dan suasana.

-  Ada kala kita keliru dengan harapan... mengapa sukar mengharap atau tiada harapan.

-  Sememangnya harapan itu andainya tidak terlaksana seperti yang diharapkan akan membuatkan kita kecewa... mengapa kecewa dengan harapan... andai diri sendiri tidak boleh diharap???

-  Kita mengharapkan kepada diri sendiri.  Andai diri tidak berjaya, kita akan hilang kepercayaaan kepada diri sendiri lantas menjadikan kita seperti hilang akal... tak mampu berfikir ... tak mampu mencari harapan baru???

-  Kita mengharap kepada orang lain pula bila kita tasa kita tak mampu laksanakan harapan kita itu.  Namun tahukah kita orang yang kita harapkan itu mampu laksanakan apa yang kita harapkan itu?  Disitu... kita patut teliti dan yakin dengan keupayaan orang lain.  Jika tidak, andainya tidak berjaya... adakah kita akan salahkan orang itu... atau salah kepada harapan kita... kita sukar menelah apa sebenarnya harapan orang dan harapan kita sendiri pun...

.....sekian dulu harapan yang belum selesai...

23 Mac 2011

Tips untuk menjadi blogger yang berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1 Malaysia,


I'm back....yang baik in da house....


weh okeh dak tag lain kat atas tuh... ngeh ngeh ngeh... perasan lagi pagi-pagi nih... eh mana orang lain tau jam berapa aye buat entry nih... kalau taip malam kata pagi... kalau taip pagi kata malam.... dan bla bla bla.  Okeh back to the topik kita pagi ini iaitu Tips untuk menjadi blogger yang berjaya, iaitu

1.  Celik IT
ini paling penting kerana hanya yang celik IT saja tau cara-cara nak 'operate' pc atau laptop bukan untuk menjahanamkan yer....

2.  Ada Blog
Sudah tentu ada blog.  Kalau tak der blog kena pi buat satu, atau dua atau tiga... ikut suka lah.  Tapi buat permulaan satu pun cukup dulu... kalau tak tau... belejar ... korang kan cerdik IT.

3.  Ada cerita
Dah ada blog mesti ada cerita, kalau tak der cerita macam mana nak berjaya bila dah buat blog then terbiar kesepian jer blog tuh... kesian tau... kat blog yang sunyi sepi.... buat lah cerita apa apa pun yang penting janganlah cerita macam dalam diari pulak... jemu baca... kalau aye pun tak berapa suka sebab nak baca kisah peribadi orang pulak...

Sekian dahulu tips yang sempat dikongsikan bersama.  Ada idea nak tambah?  sila jangan segan segan berikan pandangan anda di ruangan 'Pandangan.  Pandangan anda amat dihargai. 

Terima kasih.





.skema pulak yerk...
*

Carian