Pengikut Setia

24 April 2010

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Artikel pada kali ini diterima melalui email tidak berapa lama.  Mungkin juga sudah ramai yang membaca dan mengetahuinya.  Namun apa yang penting bagi Aye artikel ini akan dijadikan sebagai ingatan dan panduan buat diri ini yang sering alpa.
Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?


Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih

"InsyaAllah sikap sederhana dan amalan harian yang dilakukan secara berterusan menjamin kebahagian hidup."
~~~~~~~~
Andai ada sebarang kekurangan dan apa yang disifatkan sebagai Taghut, mohon dijelaskan di ruang kongsi pandangan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah kerana kelemahan hambaNya yang daif ini.

23 April 2010

Bila KIK dan 5S bersatu ....!@%*&^%$%^&*(

Selamat sejahtera dan selamat membaca, terima kasih kerana sudi baca entri dalam blog nih... tak abih pun tak per... singgah kejap pun jadiklah... after one day or at least one week... do come back again... (action cam orang putih lak).

Entri dibuat sempena kesibukan menjelang Audit 5S pada 30 April 2010, sementelahan pulak pada 26 April kena pergi ke INTENGAH (nak tau?... next entri), 27 April siapkan dokumen untuk presentation KIK kumpulan IMPAK (back ground kat gambar atas tu sama cam grup kami punya presentation)... then pada 28 April kena present depan pihak pengurusan... dalam dok sibuk2 sempat lagi nak buat entri... untuk lepaskan kebosanan dan kepecahan... kebuntuan dalam kepala yang dah macam belon...

~~~~~~~~~~~

22 April 2010

Saat-saat Indah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

•Terkadang ada saat-saat dalam hidup ketika engkau merindukan seseorang begitu dalam, hingga engkau ingin mengambilnya dari angan-anganmu, lalu memeluknya erat-erat!
 
•Ketika pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka;  tetapi, seringkali kita memandang terlalu lama pada pintu yang tertutup hingga kita tidak melihat pintu yang lain, yang telah terbuka bagi kita.

•Jangan percaya penglihatan; penglihatan dapat menipu. Jangan percaya kekayaan; kekayaan dapat sirna.  Percayalah pada Dia yang dapat membuatmu tersenyum,sebab hanya senyumlah yang diperlukan untuk mengubah hari gelap menjadi terang.Carilah Dia, yang membuat hatimu tersenyum 
 
•Angankan apa yang engkau ingin angankan; pergilah kemana engkau ingin pergi; jadilah seperti yang engkau kehendaki,sebab hidup hanya satu kali dan engkau hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan segala hal yang engkau ingin lakukan.  Semoga engkau punya cukup kebahagiaan untuk membuatmu tersenyum, cukup pencobaan untuk membuatmu kuat, cukup penderitaan untuk tetap menjadikanmu manusiawi, dan cukup pengharapan untuk menjadikanmu bahagia.

•Mereka yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki yang terbaik dari segala sesuatu; mereka hanya mengoptimakan segala sesuatu yang datang dalam perjalanan hidup mereka.  Masa depan yang paling gemilang akan selalu dapat diraih dengan melupakan masa lalu yang kelabu; engkau tidak akan dapat maju dalam hidup hingga engkau melepaskan segala kegagalan dan sakit hatimu

•Ketika engkau dilahirkan, engkau menangis sementara semua orang di sekelilingmu tersenyum.
 
•Jalani hidupmu sedemikian rupa, hingga pada akhirnya engkaulah satu-satunya yang tersenyum sementara semua orang di sekelilingmu menangis.

•Sampai pesan ini kepada mereka yang bererti bagimu (aku baru saja melakukannya);  kepada mereka yang menyentuh hidupmu dengan suatu atau lain cara; kepada mereka yang membuatmu tersenyum ketika engkau sungguh memerlukannya; kepada mereka yang membuatmu melihat sisi baik dari segala hal ketika engkau jatuh; kepada mereka yang persahabatannya engkau hargai; kepada mereka yang begitu bererti dalam hidupmu.
 
Jika engkau tidak mengirimkannya, janganlah khawatir,tak ada hal buruk yang akan menimpamu;hanya saja engkau kehilangan satu kesempatan untuk menyemarakkan hari seseorang dengan pesan ini!!!Jangan hitung tahun-tahun yang lewat, hitunglah saat-saat yang indah &. Hidup tidak diukur dengan banyaknya napas yang kita hirup;Melainkan dengan saat-saat di mana kita menarik napas bahagia
~~~~
Biasakan ? terima email macam ni.... mula2 seronok baca.... last-last kat ending....ada arahan lain plak...
~Just for fun~

Carian