Pengikut Setia

19 Januari 2010

Bagaimana nak berehat panjang... bila berehat banyak pulak cerita


Bagaimana nak berehat?
Tunjukkan aku caranya...
Berehat sekejap... belum lagi reput tulang, tapi macam-macam gangguan datang menerpa... menerjah benak fikiran ku
seakan mengusik aku ...

Bila dah banyak cerita... macam cakap sendiri... dah syok sendiri pulak
Andai banyak cerita dan cadangan... janganlah menyusahkan orang lain...
Bukan tak boleh beri pandangan atau cadangan... tapi berilah cadangan yang tidak mengganggu kerja dan urusan orang lain...
MACAM MANA TU? ADA IDEA?

Ada yang baik bila ditonjolkan... orang tak nampak
Bila yang tak baik... tak tunjuk pun... tapi orang nampak... buat citer macam-macam...
macamlah buruk sangat... itulah kehidupan

~~~~~~~~~~~~~
Catatan: 
1.  Hari ini keluar keputusan contest lekat dan menang yang dianjurkan oleh blog azizwan.  Tak tersenarai pun, tak pe... percubaan awal
2.  Ni tunggu lagi keputusan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran denaihati.  masih ada masa lagi... kalau berminat klik kat sini.  mana tau dapat RM??? 

15 Januari 2010

Aku ingin berehat panjang... kerana rezeki masing-masing ada di mana

Rezeki masing-masing
bukan kerana siapa kita... bukan juga kerana di mana kita
rezeki untuk sesiapa saja dan ada di mana-mana

Yang ada dah nampak... namun dah nampak tapi tak ada

Tiba masa... adalah rezeki kita
untuk masa itu... tunggu, sabar dan ikhtiar sesuatu

Sementara menunggu rezeki itu
dan masa tibanya rezeki itu... di sinilah tempah kita

Biar perit, biar duka... tanggung saja
Namun.. sakit itu.. sampai bila... ntah bila akan tiba saat itu
Hanya Tuhan yang tahu

Ada orang banyak cerita... suka berkata-kata kerna banyak idea
Ada orang sukar berbicara... walau banyak idea kerna kelu lidah untuk mula bicara
Bukan kerna malu... bukan juga kerna silu... hanya dia yang tahu

Tuhan ku pasrah atas ketentuanMU
Namun ku harapkan yang terbaik untukku meneruskan hidup ini dalam mencapai keredhaanMU
~~~

14 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan Impak KIK 2010



Antara percaya dengan tidak... macam tak percaya pun ada... akhirnya apa yang AYE takutkan jadi juga... apa lagi inilah IMPAK 2010 dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Pada 11/1/2010, AYE dan 10 orang lagi tersenarai dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Latihan UiTM.  Maka pada 13/1/2010, kamipun bergeraklah ke JPbSM UiTM Shah Alam bagi menghadiri Bengkel Pengurusan Projek KIK, yang pertama bagi kumpulan IMPAK.  Seharian kami di sama dengan pelbagai perbincangan dan biasalah kalau dalam brainstorming tak bertekak tak sah... namun itu semua adalah untuk kebaikan dan 'no heart feeling' ...

Bercerita tentang GAGAL, Aye sebenarnya telahpun menyertai kumpulan KIK (dahulunya KMK) di UiTM Perak (Bahagian Perpustakaan di Seri Manjung) dan nama kumpulan tu BESTARI.
Pada kali pertama penyertaan kumpulan kami gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir cuma bertanding di peringkat Zon Utara di UiTM Perlis.  Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha dan setelah Aye keluar (pindah) ke Pusat Latihan UiTM khabarnya BESTARI telah beberapa kali memenangi anugerah.

Dan kini....untuk meneruskan hidup IMPAK usaha dan semangat akan digembelingkan bersama ahli kumpulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

Carian