Pengikut Setia

08 Disember 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

lagi sekali... aye gunakan tajuk entri yang sama... tak apa kot.  Yang sebenarnya oleh kerana tajuknya sama... isi cerita pun mesti sama jugak.  Apa yang aye nak kongsi adalah adakalanya kita memang perlu berani dan berani itu perlu bertempat dan pada masa yang betul.  Walaupun keberanian kita itu mungkin juga akan menimbulkan kemarahan atau ketidakpuasan hati orang lain, apa yang pasti kita berani kerana kita benar dan kerana keberanian itu jugalah kita perlu tanggung risiko dan kesannya (itulah yang bermaksud gagal, betul tak?)  Dan apa yang dimaksudkan dengan berani hanya kita sendiri yang mampu mentafsirkan maksudnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya, tujuan tajuk di buat adalah untuk mempromosi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh pemunya blog Yang Terbuku Dihati @ Denaihati (http://denaihati.blogspot.com/2009/12/contest-hidup-berani-untuk-gagal.html)

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.


1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

2. Kepada yang rajin mempromosi contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.

3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog : contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog suka duka pentas dunia @ yangbaik

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog ini (Yang Terbuku Di Hati) melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).

Pertanyaan
Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

"HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010".
~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah salinan garispanduan yang ditetapkan oleh penganjurnya.

07 Disember 2009

Monolog 2: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, pandang ke belakang sejenak untuk meneruskan perjalanan

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL KERANA HADIRKU DI SINI SEKETIKA CUMA
hadirku di sini seketika cuma
hadir bersama seribu impian (malahan mungkin juga jutaan)
dengan harapan tinggi menggunung
namun tangan tak tercapai awan
nakku petik bulan dan bintang
buat hiasan neon nan gemilang

ku kutip, ku siram, ku anyam, ku kitar
belanja berhemah ku amal
moga menjadi teladan rakan dan taulan

seusia ku di sini...ku lihat, ku senyum, ku belai...
biar seketika aku bersuara

awalnya ke terasa sepi...di akhirnya ku tertawan
ku ubah cara... ku tunjukkan jalan moga dicontohi
walau ada ketikanya aku kantoi
kantoi bukan bermakna tewas, tapi sebenarnya aku lemas
ada masanya aku cemas...ku gagahi ku lawan, kerna
Hidupku berani untuk gagal

seketika ku lihat...wah!!! hebat ideanya
memang kreatif... ku biar, harapanku semua yang lain turut teruja...dan menjadi ikutan

tanpa ku sedari... ada mata lain memerhati
meneliti... bukan mencaci walau tak puas hati
namun hati itu tidak bersuara
ku tidak tahu

ada ketika hati itu... mungkin juga membodek aku... agaknya
namun aku masih waras
ada ketika hati itu bersuara
tak juga ku peduli... kerana dia dan dunianya
tidak sama dengan duniaku
walau suara itu suara kebenaran (ku ikut dalam diam)

kini ... aku tiada lagi di situ
dunia ku kini sudah berubah
sungguh aku teruja dengan dunia baru ku ini
wah... apa lagi ...
"ku gembira di sampingnya, ku dibelai tiap waktu, hari esok kan ku nanti, kita akan bersama"

ketika aku di sini.. di dunia idamanku... indahnya
indah hanya sementara
walau manis... tetap ada pahitnya

sungai itu...dulu yang ku tinggal pergi
kini ku rindui
deruan angin, kicauan burung juga...'ombak lombong'

hati itu masih di sana dengan dunianya
ku terharu juga terkila kerna ia masih disitu
(Bila nak tukar? Ntahla! mungkin di sini dunia ku... ku pasrah)

hati itu seketika seolah-olah mengtuk hati ini
ingin membisikkan sesuatu... namun tak kesampaian...
kerna di sini.. dunianya berbeza
tak sama dengan di situ
lagi pulak suasa di situ bukan lagi bawah kawalanku

Namun,
seketika aku seakan terdengar bicara hati itu
katanya "lihatlah! inilah hasi peninggalanmu"
mengapa ya?

hati itu... biarpun tidak suka
namun apa daya... aku tiada kuasa (bukan gila kuasa)

cerita kini... manusia maju... kreatif pada tempatnya jimat juga pada tempatnya
mungkin juga waktu itu.. ah.. siapapun tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan... kesan dan akibatnya

harimau mati meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama

Masih tidak mengerti?
sayu... pilu...apa jua tinggalan... baik atau buruk atau tidak tahu atau tiada apa-apa
ada ketika si celupar berbiacara
kerna lumrah dan adat manusia (agaknya, semua ke?)
mahu menegakkan benang basah atau kerna maruah diri tercabar atau kerna suka suka

mulut ini membisu seribu bahasa
telinga ini terasa panas membara... kepanasan
namun... ia berlalu begitu saja
menahan marah serta kesian

bicara manis mengguris kalbu, menanam tebu di tepi bibir
barang yang lepas biar berlalu, jadikan ia sebagai tabir

nukilan hati luahan simpati
walau ia tiada makna
mengubat luka di dalam hati
agar mata terpejam lena... aku ingin tidur lena

Sebelum tu... jangan lupa contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL weiii......

ulangan
Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ditaja oleh:

1. DSGClicks
2. Berani Gagal Network
3. One Malaysia Blogshops
4. Anisha Online Mall dan
5. Saudacare

contest dianjurkan oleh denaihati
~~~

04 Disember 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Salam... suka juga aye dengan tajuk entri kali ni... sebabnya ia adalah berkaitan contest yang dianjurkan oleh blog Yang Terbuku di Hati @ denaihati .  Aye tahu mengenai contest ni melalui blog tu jugak... memang betul terbuku di hati... Apa yang terbuku?... Aye nak join contest dari awal lagi... tapi sekarang baru dapat join... sekarang dah tak terbuku lagi... hehehehe

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Dah lama dulu aye 'dengar' ungkapan ni... tapi tak berapa faham...Kenapa mesti gagal, kalau dah hidup?... lama juga aye cuba memahaminya... at last... aye faham juga
ungkapan ni.... aye rasa lebih kurang sama dengan ungkapan orang dulu-dulu;
"Kalau tak dipecahkan Ruyung Mana Dapat Sagunya"  Kalau Aye salah tolong betulkan ..

Sponsor Contest
Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ditaja oleh:
1.  DSGClicks 
2.  Berani Gagal Network
3.  One Malaysia Blogshops
4.  Anisha Online Mall dan
5.  Saudacare

Wahhh... meriahnya....

Andainya berminat nak sertai contest ni.. klik kat sini denaihati .  Cuba lah... jangan tak cuba.. sebab hidup ini mesti berani untuk gagal (kan?)... kalau tak cuba tak tau.

Selamat .....
~~~

Carian