Assalamualaikum dan selamat sejahtera
"Let us do what we can do, and let Allah do what we can't do" - Pesan Ust. Ghazali Ibrahim dalam slot Motivasi Pagi - Radio IKIM.
Kita mampu lakukan perkara yang biasa-biasa. Maka lakukanlah ia. InsyaAllah, Allah akan uruskan perkara-perkara yang luarbiasa untuk kita.
Namun seringkali kita mendambakan perkara yang luarbiasa , tapi perkara biasa yang boleh kita buat pun, kita tinggalkan.
Mana mungkin Allah akan beri yang luarbiasa. Kita mahu jadi jutawan, tapi duit sedikit di dalam poket pun tak mampu kita uruskan. Kita mahu khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun, namun usai solat Maghrib kita bergegas bangun mengejar slot "Tentang Dhia.."
Kita mahu lahirkan anak yang bijak, anak yang soleh, tapi bila anak mula pandai bertanya itu dan ini, kita kata "Tanya Abah, ibu sibuk".
Salah siapa andai segala impian kita tak pernah tercapai? Ini masanya untuk kita berhijrah - agar kita tak perlu lagi bertanya, kenapa impianku tak pernah tercapai..?
Buat peringatan pada diri sendiri, juga renungan sahabat sekelian.
Hanya pada Allah Yang Maha Memberi Kekuatan (Al Muqit) kita memohon.
.