Pengikut Setia

08 Disember 2011

YUNA ada pesanan untuk anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



YUNA ada pesanan untuk anda
terutama kepada peminatnya

Masih terkesan dengan kisahnya semenjak kebelakangan ini
Semoga terus kuat semangat dan tabah selalu
Ada tersembunyi sesuatu di sebalik perjalanan hidup ini..

Cakap Tulis banyak tak mau lah...

Baca di SINI

Sekian....sambung semula... rasa nak hibernasi ... tapi tak boleh blah...plak..

>_<

.

07 Disember 2011

Soal hati persis Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Soal hati.  Apa saja persoalan yang timbul baik berkaitan sikap negatif atau positif adalah berkaitan dengan hati.  Ini adalah kerana setiap manusia dikurniakan hati dan akal untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk.

Tidak dinafikan daya tarikan untuk membuat perkara yang buruk itu memang kuat.  Kekuatannya akan bertambah-tambah lagi bila hati dan akal itu tidak bersatu atau ketika hati lebih kuat menguasai akal.

Namun hati itu juga mempunyai naluri untuk membuat kebajikan dan kebaikan tetapi akan terhalang sekiranya akal itu tidak berfungsi sepenuhnya.

Hati itu ada kalanya dahagakan kebaikan tatkala ombak rindu menghempas pantai keimanan dan bila hati itu bersih.

Lakukanlah kebaikan walau sebesar zarah kerana kebaikan itu tetap memberi kesan kepada hati.

Tetapi hati sering dikotori dengan sifat iri dan kebusukan hati juga akan menguasai pemiliknya bilamana hati itu sendiri tidak dibersihkan atau bila hati itu tidak mampu berinteraksi dengan akalnya untuk berfikir akan perasaan orang lain atau apa akan jadi bila diri sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh orang lain.

Sekadar ingatan untuk diri agar sentiasa positif dengan sikap dan tingkahlaku orang lain dan ingatan juga agar sentiasa memperbaharui niat untuk menjadi insan yang berbudi dan berbakti kepada agama dan negara.

Sekian.

06 Disember 2011

Ada apa dengan cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Keranamu Aku Cemburu 

Ada apa dengan cemburu
Cemburu secara lazimnya dikaitkan dengan perhubungan antara lelaki dan wanita
Sedangkan istilah dan penggunaan kalimah cemburu itu amat luas dan bukan dalam perhubungan antara lelaki dan wanita sahaja tetapi mencakupi seluruh kehidupan manusia.
Antara sedar dengan tidak kehidupan ini sering dikatakan cemburu bila seseorang itu tidak senang dengan kesenangan individu yang lain yang mungkin musuhnya.

Nak cerita tentang cemburu ini amat luas...

Ada monolong tentang cemburu yang ingin dikongsikan, tetapi bukan sekarang kerana banyak urusan lain yang lebih penting dari cemburu buta yang melulu tanpa usul periksa itu...

Tunggu yekk...
>_<
.

05 Disember 2011

Bercakap perkara yang perlu ketika perlu | Lidah Kelu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Teringat pesan seorang Datuk Profesor, bercakap hanya perkara yang perlu dan ketika kita diperlukan bercakap bukan semua perkara kita perlu bercakap kerana bukan semua perkara itu kita pakar.




Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian (dari kalangan para sahabat dan tabi'in) membenci ucapan yang tidak bermanfaat. Mereka mengganggap bahwa semua ucapan termasuk dalam ucapan yang tidak bermanfaat, kecuali tiga hal :
(1) membaca al-Qur'an,
(2) amar ma'ruf nahi munkar dan
(3) pembicaraan seseorang dalam hal yang memang ia harus berbicara tentangnya seperlunya.

('Atha)


Ingatan buat diri sendiri... semoga tidak terjebak dengan cerita-cerita dan gosip yang tidak mendatangkan faedah.



.

04 Disember 2011

Impian seterusnya | Ini bukan kisah ombak rindu atau misteri jalan lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sasaran seterusnya dan harus menjadi sasaran setiap masa


Semoga mencapai sasaran


seterusnya singgah ke Masjid Nabawi


Semoga tertunai hasrat dan impian....

Duduk dan bicara yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Gambaran di dalam Masjid Nabawi.  Sumber gambar Google


"Barangsiapa yang duduk di dalam mesjid, maka sesungguhnya ia sedang duduk-duduk bersama Allah. Maka sudah sepantasnyalah baginya untuk tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik".
(Said bin al-Musayyib)

.

Menunggu hari esok - tersilap pilih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Nak tunggu esok
Tapi kalau ikut masa dah 'esok' dah
So katalah nak tunggu pagi esok pulak



Esok nak tukar barang
Bukan buat sistem barter
Tetapi sistem beli lain
Sebab hari ini (kelmarin) dah tersilap beli
Tersalah pilih
Sebab tak fokus semasa buat penilaian dan pilihan

Jangan sesekali nak salahkan orang yang beri pandangan
Kerana kita mampu mengubahnya
Kita ada pandangan sendiri
Tetapi bila keyakinan tak cukup tinggi
Maka terpengaruhlah dengan pandangan orang lain

Maka hasilnya...
lari bajet..

.....


03 Disember 2011

Ada apa dengan biasa, biasa-biasa atau luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Let us do what we can do, and let Allah do what we can't do" - Pesan Ust. Ghazali Ibrahim dalam slot Motivasi Pagi - Radio IKIM.



Kita mampu lakukan perkara yang biasa-biasa. Maka lakukanlah ia. InsyaAllah, Allah akan uruskan perkara-perkara yang luarbiasa untuk kita.

Namun seringkali kita mendambakan perkara yang luarbiasa , tapi perkara biasa yang boleh kita buat pun, kita tinggalkan.

Mana mungkin Allah akan beri yang luarbiasa. Kita mahu jadi jutawan, tapi duit sedikit di dalam poket pun tak mampu kita uruskan. Kita mahu khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun, namun usai solat Maghrib kita bergegas bangun mengejar slot "Tentang Dhia.."

Kita mahu lahirkan anak yang bijak, anak yang soleh, tapi bila anak mula pandai bertanya itu dan ini, kita kata "Tanya Abah, ibu sibuk".


Salah siapa andai segala impian kita tak pernah tercapai? Ini masanya untuk kita berhijrah - agar kita tak perlu lagi bertanya, kenapa impianku tak pernah tercapai..?

Buat peringatan pada diri sendiri, juga renungan sahabat sekelian.

Hanya pada Allah Yang Maha Memberi Kekuatan (Al Muqit) kita memohon.



 
.

Pilihan perbuatan yang perlu dihindari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ada banyak perkara dan perbuatan di dunia ini yang perlu dihindari.  Tetapi penghindaran itu bukanlah sekadar itu tetapi akan mendatangkan hasil yang lumayan di dunia sana yang hakiki.  Walau apapun kita punya banyak pilihan dan hanya kita yang mampu membuat pilihan itu...

Di antara perkara yang perlu dihindari adalah makan dan minum yang banyak.  Seperti yang dimaksudkan oleh kata-kata hikmah berikut:

"Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah."(Umar bin al-Khattab)


.

Siapa yang lebih hebat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa yang lebih hebat?
Orang yang rajin atau malas
Orang yang pandai atau bodoh
Orang yang bijak atau sewel
Orang yang pintar atau pencelok
Orang yang berilmu atau orang yang dungu

semua orang di atas akan mengatakan bahawa dirinya lebih hebat

Namun sehebat manapun kita, bila dah tersilap cakap akan menampakkan kebodohan dan kedangkalan ilmu

... sekian..

>_<

.

Carian