Pengikut Setia

09 Januari 2018

Pada setiap mentari pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada setiap mentari pagi



Alhamdulillah.  Pada hari ini masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan.






Setiap mentari terbit
Semoga Allah memperharui
IMANMU


**Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terima kasih atas kesudian berpagian di entri ini, Pada setiap mentari pagi.


08 Januari 2018

Giveaway #1 new year 2018 by cikyan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway #1 new year 2018 by cikyan


Apa lagi yang membahagiakan blogger jika tidak giveaway.  Di kala kepupusan idea jumpa pula entry giveaway.  Jumpa kat mana lagi kalau tidak blogwalking... kan.  So dalam tak sempat tu sempat juga blogwalking... mencari idea.  Bukan tiada idea sendiri tetapi tunggu nak cedok idea orang lain... hahaha. sebab tu lah blog ni dah lama tak dapat CPUV sebabnya dok cedok idea orang jer....  Apa-apa ajelah .

Okey, kembali semula kepada tajuk entri, Giveaway #1 new year 2018 by cikyan.  Blog yang baru dikenali.  Giveaway ini dianjurkan sebagai tanda perkenalan di tahun baru 2018.  Blog masih baru tak banyak nak komen, sebab blog akak pun lebih kurang jer (hehehe).  Setakat yang SZ nampak sekarang ni, blog cikyan okey jer, tak lah semak sangat dengan bermacam-macam widget.  Tulisan kalau boleh biarlah warna hitam, baru selesa mata nak membaca.  Semoga dapat dikekalkan kebersihan blog ini... 

Korang nak tahu apa lagi yang ada dengan Giveaway #1 new year 2018 by cikyan, kenalah klik banner di bawah.

Giveaway #1 new year 2018 by cikyan

Setakat ini, cikyan belum bagi kata putus bila tutupnya giveaway ini.  Jadi sementara masih ada masa korang klik banner di atas... boleh berkenalan dengan cikyan.

Semoga cikyan terus sukses dalam dunia blogging.


Terima kasih semua atas sokongan dan jom kita meramaikan Giveaway #1 new year 2018 by cikyan.


Posting pertama 2018 | Apa Khabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posting pertama 2018 |  Apa Khabar



Alhamdulillah, setelah 8 hari 2018 menebarkan layarnya baru kini SZ berkesempatan melebarkan pena di kanvas blog ini.  Pagi-pagi ni... nak bersastera pula jenuh terbelit lidah. Ayat-ayat sastera ini tidak termasuk pun dalam agenda atau azam blog tahun 2018.  Sekadar menyedapkan kata saja.

Apa pun yang dilalui sepanjang 8 hari ini, adalah diharapkan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayangNya... seterusnya memanjang kasih dan sayang kepada ahli keluarga kita yang terdekat.



Apa khabar Iman mu hari ini?
Apa khabar ibadah mu hari ini?
Apa khabar hafalan al qur'an mu hari ini?
Apa khabar hati mu hari ini?


**Semoga perkhabaran yang baik untuk kita hari ini.

Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Posting pertama 2018 | Apa Khabar




Carian