Pengikut Setia

21 September 2015

BROOCH Mini Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



BROOCH Mini Giveaway

Sesi sokong menyokong sesama rakan blogger.  Kali ini sokongan YangBaik diberikan kepada rakan blogger Sya Mimie pemilik blog Cinta itu Indah.  Rupa-rupanya Sya Mimie baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kraftangan.  Jadi giveaway kali ini selain dari untuk menambah kenalan dari rakan blogger boleh dikatakan sebagai cara untuk memperkenalkan produk keluaran Sya Mimie. Brooch Mini Giveaway.

Kita tengok apa yang Sya Mimi tawarkan untuk Brooch Mini Giveaway.

BROOCH Mini Giveaway
BROOCH Mini Giveaway

Giveaway ini akan tamat pada 22 September 2015.  Jangan lupa untuk klik banner di atas bagi mendapatkan maklumat penuh untuk menyertai Brooch Mini Giveaway.

Jom berikan sokongan anda kepada Sya Mimie melalui Brooch Mini Giveaway.



Berhati-hati dengan ucapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhati-hati dengan ucapan


Kita sering kali terluka hati dan perasaan dengan percakapan orang.  Kadang-kadang kita terlupa bahawa percakapan kita juga pernah menyakiti hati dan perasaan orang.  Mungkin kita tidak perasan mengenai percakapan kita kerana kita merasakan bahawa ianya adalah betul.  Betul pada kita tidak semestinya betul pada orang lain.  Kerana kita bercakap mengikut apa yang kita nampak dan atas penilaian mata kasar kita.  Bagaimana pula dengan hal yang sebenarnya?  Kita tidak tahu.  Berhati-hati dengan ucapan.

Dikhuatiri apa yang kita cakap akan menjadi dusta bila kita tahu akan hal yang sebenarnya.  Adalah lebih baik kita berhati-hati dengan ucapan.


Berhati-hati
Berhati-hati bila bercakap


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.  (HR Muslim)

Berhati-hatilah walau dalam apa jua keadaan.  Berhati-hati dengan ucapan.

19 September 2015

Layanan kepada jiran tetangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Layanan kepada jiran tetangga


Siapa yang tiada jiran?  Maknanya orang tu tinggal kat hutan.  Tetapi kat hutan pun ada jiran juga kan?  Poyo pulak entri kali ni.

Ni nak kongsi cerita sikit mengenai layanan kepada jiran tetangga.  Sebagaimana kita hendak dilayan oleh jiran kita maka begitulah juga layanan kita kepada jiran tetangga.  Bunyi macam skema tetapi itulah hakikat yang tidak boleh diubah.



Jangan sakiti tetangga
Jangan sakiti tetangga

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.  (HR Bukhari)


Selamat berhujung minggu.

Carian