Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Trafik Organik Top Blog. Tajuk yang agak berat juga untuk dihuraikan dengan pengetahuan yang tak seberapa dalam dunia blog terutamanya dalam mencari trafik organik. Top Blogger di Malaysia 2011 dah masuk dalam senarai mesti baca. Dah baca?
Sungguh aye yakin tak ramai yang dapat menjangkakan apa yang aye tulis ni... sementelahan lagi aye bukanlah top blogger pun, sekadar blogger picisan yang menumpang glamor top blogger seperti denaihati.com ataupun yang glamor dan laris sekarang ni benashaari.com. Kenapa tak letak link kat nama blog tu... saja kalau ada orang tanya baru nak jawab kenapa, kalau tak tanya tak payahlah nak jawab soalan sendiri... :-)
Belum pun faham lagi tentang istilah top blogger yang mengejar trafik organik dan tujuan trafik organik dah nak buat catatan tentang trafik organik. Bukan nak mengada-ngada tapi sebab kecewa dan masih terasa dalam 'ulu jantung' ini mengenai suatu perbualan petang semalam. Memang tiada kaitan dengan trafik organik atau top blogger di Malaysia tetapi nak larikan diri dari buat kisah-kisah personal yang syok sendiri.
Dalam perhatian bukan bermakna KIV (Keep in view) tetapi lebih tepat dalam pengamatan aye yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia trafik blog nih, apa yang diperhatikan yang sering mendapat perhatian dalam sesuatu pencarian adalah bukannya kisah-kisah peribadi tetapi lebih kepada penerangan atau penjelasan tentang sesuatu perkara atau isu semasa.
Terpulang kepada kita bagaimana nak mengolah isu itu sehingga mencapai satu tahap di mana blog kita akan terletak dalam senarai utama untuk Google analytics atau google search engines.
Agak berat juga untuk diperkatakan di sini, kerana sedang merangkak dan kadang-kadang bangun bertatih. Bagi mendapatkan ilmu tentang dunia blog atau trafik blog aye lebih suka merujuk ke blog denaihati. Sebabnya di situ banyak ilmu-ilmu baru mengenai dunia blog. Termasuk Google analytics, search engines, top blog dan pelbagai lagi ilmu bagaimana untuk menjadi top blogger Malaysia atau dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.