Seperti selalunya ayat skema yang nak gunakan pada catatan ini adalah "sibuk! dan dok mengejar dateline untuk tugasan berikutnya". SKEMA KAN?.
Walaupun kita semua mempunyai hasrat dan niat yang murni namun tidak semestinya kita berpeluang melaksanakannya serentak bersama dengan insan-insan lain yang 'lebih' bernasib baik dari kita. Suatu masa kita berhasrat untuk berbuat kebajikan dan kebaikan atau paling tidak dengar ceramah yang mengajak berbuat kebaikan tetapi kita tidak berpeluang untuk mengikuti ceramah itu kerana kekangan tugas.
Sehingga kita merasakan bahawa kita ini hidupnya tidak lain ... untuk kerja kerja kerja dan kerja... dan kedengaranlah suara yang memanaskan telinga 'kerja tu tak kemana, tak kan habis selagi tak mati'. Tetapi sedarkah kita bila kita terima saja sesuatu tugas itu berusahalah untuk menghabiskannya... benar! kesihatan harus dijaga... tetapi dalam masa yang sama keluarga juga jangan diabaikan... tetapi bila ada masa yang terluang gunakan dengan sebaik-baiknya jangan dok asyik buat 'ketupat'. SEYES..
Perghhh!!! hari ini rasa macam cukup beruntung (untuk diri sendiri) kerana berpeluang untuk buat baik. Ceritanya?... Hari ini ada jualan amal oleh PEWANI UiTM (Perak) untuk sumbangan ke Rumah Kebajikan dan Anak Yatim. Belilah apa yang sesuai dan yang berkenan.
Tetapi petang ni.... seseorang bertanya "Esok pergi tak dengar ceramah?" Hmmm.... tak dapat kot sebab kena siapkan tugasan untuk petangnya.... Memang sungguh aye terharu dengan ucapannya... "Dunia-dunia, kerja tak habis habis, sampai nak mati pun dok kerja lagi". Apa agaknya perasaan anda jika anda ditempat aye? Rasa tersentap ulu jantung... Ya Allah ampunilah dosanya dan dosaku serta dosa kedua ibu bapa kami
Itulah nasib kita kan? Ada masa kita nak buat baik tapi tak dapat, bila kita dah buat baik satu kepuasan untuk diri kita dan yang tahu dan yang menilai sejauh mana kebaikan yang kita lakukan hanyalah Allah yang satu. Buat apa kita buat baik kalau nak menunjuk-nunjuk dan menyusahkan orang lain pulak?..
Berfikir sebelum berkata... dan kurangkan bercakap andai tiada apa yang nak dibicarakan. Zikir lagi bagus.
Lirik lagi Nasib Kita, nyanyian Mael XPDC dan Mus Wings.
Datang dan pergi
Segala menanti
Menentukan arah
Meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi
Masih bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat
Segala menanti
Menentukan arah
Meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi
Masih bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat
Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga
Di kala tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Bermimpikan indah bila di capai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya
Memisahkan semangat kita yang membara
Bermimpikan indah bila di capai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya
Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Berikan jalan menuju pulau harapan ( 2X )
oh oh oh… oh oh oh…
oh oh oh… oh oh oh…
*-*
.
Sekian adanya. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.