FOLLOWER

19 Oktober 2015

Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat


Jenuhlah menunggu CPUV muncul pada bulan Oktober, bermula dari 1 haribulan lagi.  Tunggu punya tunggu tak juga muncul.  Mulalah YB terfikirkan kot-kot encik Nuffnang dah merajuk atau ada kesilapan pada link blog.  Tak apa lah sabar lagi.... nak bertanya hantar tiket kepada Nuffnang tu rasa 'leceh'.  Jadi tunggu pula apa kata rakan blogger yang lain.  Tiada juga komentar.  Ada dari kalangan rakan blogger sudahpun menerima iklan CPUV pada minggu pertama Oktober. Oiiii... jeles juga tau.  
Rezeki masing-masing kan.  Mana yang rajin berusaha dapatlah hasil yang lebih.  Kalau dah malas nak update blog maka mana mungkin nak dapat hasil yang lebih.  SEO blog pun masih berterabur.

Tunggu lah lagi... dan akhirnya hari ini baru YB dapat update senarai CPUV yang mula beratur menari di blog YangBaik.

Nah, inilah senarainya.

CPUV 12345 Oktober 2015

CPUV 12345 Oktober 2015


Setelah menunggu sekian lamanya, pada 12 Oktober 2015 barulah muncul CPUV yang pertama iaitu UforLife Launch, iklan mengenai produk insuran.  Diikuti dengan MOH - Exclusive Breastfeeding, Lux Obsession, Sofy Compact dan U-Mobile.  Agak menarik juga iklan CPUV yang muncul kali ini kerana kelima-lima iklan berkenaan YB sempat melihatnya pada waktu siang. Kebiasaannya iklan CPUV akan keluar pada tengah malam atau lewat malam.  

Namun jawapan kepada mengapa CPUV bulan Oktober lewat dikeluarkan oleh Nuffnang masih juga tiada jawapan.

Walau apapun terima kasih juga kepada Nuffnang atas kesudian meletakkan iklan CPUV di blog YangBaik.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin berkongsi link dan jejak yang memungkinkan Nuffnang meletakkan CPUV lebih banyak lagi.  

Bersama kita menyokong industri blog negara ke arah yang lebih murni.

Sekian.


4 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.